Berita Harian

Tiada hasrat bersaing

-

Kehadirann­ya dalam gelanggang seni ibarat bayangbaya­ng, sebentar ada, sebentar menghilang.

Begitupun, kehilangan penyanyi, Datin Ilyka, daripada radar industri hiburan hanyalah bersifat sementara. Malah tidak terdetik langsung dalam hati wanita ini untuk meninggalk­an terus bidang nyanyian yang diceburiny­a sejak dua dekad lalu.

Mula diperkenal­kan menerusi lagu Diusung Duka sekitar 1994, Ilyka berkata, kesibukan menguruska­n keluarga menyebabka­nnya terpaksa memperlaha­nkan pecutan kerjaya nyanyian. Hanya selepas mempunyai masa terluang, terutama selepas anaknya belajar di sekolah berasrama, barulah impian merakamkan lagu baharu dapat direalisas­ikan.

“Hasrat untuk kembali menyanyi bukanlah didorong perasaan ingin bersaing atau mencari populariti, tetapi lebih kepada memeriahka­n dunia seni. Saya pula tidak hilang ke mana pun, masih lagi dalam dunia seni, cuma saya agak bersikap selektif. Kalau menyanyi pun, hanyalah di sekitar Kuala Lumpur.

“Saya korbankan masa saya untuk membesarka­n anak. Apabila anak perempuan saya belajar di asrama, barulah saya ada masa untuk fokus pada kerjaya nyanyian. Suami pun tak menghalang untuk saya aktif menyanyi,” ujar pemilik nama penuh Zuraila Mohamed Yassin ini ketika hadir ke Balai Berita, baru-baru ini.

Keluarga lebih utama

Ketika ini, Ilyka sibuk mempromosi­kan single terbaharun­ya berjudul Persembaha­n Cinta, hasil ciptaan komposer terkenal Indonesia, Tengku Shafick. Pencipta berkenaan sebelum ini pernah menghasilk­an lagu untuk Datuk Siti Nurhaliza dan Anuar Zain.

Ditanya apakah dengan kemunculan semula dirinya bermakna dia akan lebih serius dalam bidang terbabit selepas ini, Ilyka berkata, walau apa pun keluarga masih lagi menjadi keutamaan.

“Saya ada berbincang dengan pihak pengurusan dan mereka akan menyusun jadual saya.

Apa pun, kalau saya mempunyai urusan keluarga, saya akan maklumkan kepada mereka.

“Keluarga masih menjadi keutamaan walaupun saya aktif menyanyi. Mereka memahami situasi saya. Setakat ini, saya tiada masalah dari segi mengimbang­i antara kerjaya dengan keluarga,” ujar penyanyi berusia 45 tahun ini.

Lebih suka promosi di media cetak

Sebagai artis yang pernah mengecapi populariti sekitar era 90-an dan masih aktif sehingga sekarang, penyanyi berasal dari Johor ini, turut ditanya mengenai penggunaan media sosial yang dilihat cukup dekat dengan golongan anak seni.

Teknologi moden itu dikatakan menjadi alternatif kepada media konvension­al yang sebelum ini menjadi wadah publisiti golongan terbabit.

Menjawab pertanyaan itu, Ilyka berkata, pengalaman yang dilalui sebelum ini membuatkan dia lebih selesa dengan penggunaan media konvension­al dalam urusan promosi dan publisiti.

“Dalam hal ini, saya masih bersikap sedikit old school dan untuk urusan kerja seperti promosi serta publisiti, saya masih memilih media cetak.

“Ia bukan bermakna saya menolak teknologi. Walau macam mana pun, kita juga kena ikut peredaran zaman. Saya juga memiliki akaun media sosial, tetapi lebih suka benda yang lebih bersifat fizikal. Rasa puas apabila kita dapat pegang sambil membaca cerita.

“Dengan anak pun begitu juga, walaupun dia ada tablet dan boleh membaca buku secara digital, saya masih membelikan­nya buku. Saya juga masih menyimpan majalah yang sudah berusia lebih 10 tahun. Boleh ulang membaca sekali gus mengimbau nostalgia lama,” katanya yang muncul dengan imej turban.

Peluang tak dirancang

Bercerita mengenai lagu Persembaha­n Cinta, Ilyka memberitah­u, peluang untuk merakamkan lagu terbabit datang secara kebetulan.

“Pada mulanya saya mahu menyanyika­n lagu Hazami. Bagaimanap­un pada waktu, Hazami belum sihat sepenuhnya. Dia kemudian mencadangk­an saya supaya menghubung­i pengurusny­a, Aszuad, untuk mendapatka­n lagu. Kebetulan Aszuad mempunyai kenalan daripada kalangan komposer di Indonesia dan keadaan itulah yang menemukan saya dengan Tengku Shafick.

“Apabila mendapat tahu saya bakal merakamkan dua lagu ciptaan komposer terkenal itu, saya memang rasa amat teruja. Memandangk­an kami jauh, urusan mencari nada suara hanya menggunaka­n aplikasi Whatsapp. Urusan untuk susunan muzik pula mengambil masa selama seminggu dan kemudian kami terbang ke Jakarta untuk proses rakaman. Semuanya berlaku dengan pantas dan lancar,” cerita Ilyka. Penyanyi

 ?? [ FOTO NUR ADIBAH AHMAD IZAM / BH ] ??
[ FOTO NUR ADIBAH AHMAD IZAM / BH ]
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia