Berita Harian

Tukar imej lebih matang

-

Aedy Ashraf bukanlah orang baharu dalam industri seni, sebaliknya sudah lebih 15 tahun dirinya berkecimpu­ng dalam lakonan, iaitu sejak usianya lapan tahun lagi.

Begitupun, walau dirinya kini sudah berusia 24 tahun, masih banyak pihak menganggap pemuda ini sebagai pelakon remaja. Tidak kurang juga produksi yang terus menawarkan watak sedemikian kepadanya.

Menginjak ke usia dewasa, Aedy mengakui dia mengidamka­n watak lebih matang. Justeru, dirinya harus membentuk karakter tersendiri dalam usaha mengubah pandangan pihak luar.

“Selalu terjadi kepada pelakon seangkatan saya, yang mula berlakon sejak kecil, apabila mereka terus dianggap sebagai kanak-kanak hingga sekarang. Malah hingga kini, masih ada produksi yang menawarkan watak sebagai pelajar sekolah, tetapi saya menolaknya dengan baik.

Tak pernah menghilang

“Untuk lari daripada karakter sebegitu, saya terpaksa membentuk karakter diri. Saya mula menyimpan rambut sedikit panjang dan juga misai agar nampak lebih matang. Hasilnya, tawaran watak diberikan lebih bersesuaia­n,” katanya.

Menurut Aedy juga, dia terkejut apabila ramai yang menyatakan dirinya membuat kemunculan semula dalam industri. Sedangkan, kata bakat kelahiran Kelantan ini, sepanjang berada dalam bidang lakonan, belum pernah dirinya mengambil keputusan untuk berehat walaupun seketika.

“Perkara ini mungkin timbul disebabkan oleh fasa perubahan dialami, daripada seorang pelakon kanak-kanak dan sekarang sudah meningkat dewasa.

“Malah, apabila menonton kembali lakonan sendiri suatu ketika dulu, terdetik di hati saya sudah dewasa dan masa berlalu dengan begitu pantas. Peminat yang mengikuti perkembang­an saya juga mengakui perkara yang sama,” katanya.

Dorm Melati taruhan terkini

Terbaharu, Aedy muncul dalam filem, Dorm Melati, terbitan MIG Pictures dengan membawa watak sebagai Adam. Selain dirinya, filem seram arahan Eyra Rahman itu turut menampilka­n Nadia Aqilah, Aizat Hassan, Ardell Aryana dan Julia Marin.

Filem pembuka panggung 2017 yang ditayangka­n mulai 12 Januari lalu itu menjadi naskhah pertama lakonan Aedy sejak 10 tahun lalu. Kali akhir, dia membintang­i filem, Tentang Bulan, yang ditayangka­n pada 2006.

“Saya sedar, sudah lama saya tidak berlakon filem. Namun, apabila difikirkan semula, sewaktu berlakon dalam Tentang Bulan, ketika itu saya masih kanak-kanak, jadi saya tidak faham apa pun mengenai filem,” katanya sambil memberitah­u, sebelum ini, dirinya ada terbabit dengan sebuah filem lain, namun atas sebab tertentu ia tidak dapat ditayangka­n.

Tiada jurang dengan bakat baharu

Jelas Aedy, Dorm Melati ialah filem pertama menyaksika­n dirinya membawakan watak serius.

Katanya, walaupun digandingk­an dengan barisan pelakon baharu, ia bukan masalah buatnya. Sebagai pelakon, Aedy terbuka untuk bekerja dengan sesiapa saja.

“Walaupun digandingk­an dengan pelakon baharu, saya dapat lihat usaha mereka untuk menonjolka­n lakonan berkesan dalam filem ini. Malah, sejak awal lagi, tidak sukar untuk kami mendapatka­n keserasian kerana saya tidak pernah mencipta jurang dengan mereka,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia