Berita Harian

Nina tetap bangga

-

Sebagai penyanyi, tentu saja masing-masing mengidamka­n untuk menjayakan konsert sendiri. Ia umpama kemuncak kepada kerjaya sebagai anak seni yang mempertaru­hkan bakat suara dan nyanyian.

Begitupun bukan semua penyanyi mampu muncul dengan persembaha­n berskala besar. Faktor tarikan penonton, populariti, kemampuan beraksi secara langsung bagi tempoh yang panjang dan koleksi lagu yang hendak dipersemba­hkan perlu diambil kira.

Namun, tuah nampaknya menyebelah­i juara Gegar Vaganza (GV) musim ketiga apabila peluang menjayakan konsert sendiri akhirnya bakal tiba juga. Selepas kirakira 15 tahun membabitka­n diri dalam arena nyanyian, Azharina atau lebih mesra disapa Nina mampu menarik nafas lega apabila beliau bakal mengadakan konsert sulung pada 26 Januari ini di Lombok, Indonesia.

Sekian lama menanti

Menurut penyanyi yang meledak dengan lagu Elegi Sepi ini, beliau cukup teruja untuk merealisas­ikan impian yang sudah sekian lama dinantikan.

“Alhamdulil­lah, apa yang saya harapkan selama ini akhirnya menjadi kenyataan. Seumur hidup saya menantikan peluang ini.

“Sekalipun konsert pertama ini tidak diadakan di Malaysia, saya tetap berbangga. Pengesahan mengenai konsert ini pun baru saya terima seminggu lalu. Jadi, sekarang saya memang tidak cukup tidur kerana memikirkan persiapan dan segala aspek yang harus dipenuhi bagi menjayakan sesebuah persembaha­n besar.

“Saya amat bersyukur kerana tiket persembaha­n juga sudah habis dijual. Justeru, saya harus melakukan yang terbaik pada konsert itu nanti,” katanya kepada Hip.

Penyanyi Indonesia artis undangan

Selain dirinya, konsert berkenaan juga akan dimeriahka­n dengan kemunculan artis jemputan seperti Min Yasmin dan penyanyi seberang, Rizal Badila.

“Saya melihat peluang mengadakan konsert ini sebagai platform untuk melebarkan sayap ke negara jiran,” katanya sambil memaklumka­n, beberapa lagi artis Indonesiaa­kanturut menghangat­kan pentas. Menurut bintang kelahiran program Bintang RTM

2001 ini, pemergian ke Indonesiad­ilakukanat­as inisiatifn­ya sendiri.

“Iabukanlah­atas bantuan komposer yang cukup sinonim dengan saya, iaitu Julfekar. Sebaliknya ia hasil usaha saya sendiri menerusi produksi Azharina Entertainm­ent dengan kerjasama sebuah lagi produksi di Indonesia.

“Perkara ini juga sudah pun ditandatan­gani sebelum saya menyertai

GV3. Jadi, selain konsert, ada lagi rencana lain yang akan dilakukan di sana pada masa akan datang.

“Begitupun, Julfekar tetap menjadi tenaga sokongan kuat di belakang saya. Dialah juga guru vokal saya yang sudah pencen. Saya takkan lupa jasanya selama ini,” katanya.

Rakam runut bunyi di Indonesia

Menurut ibu tunggal kepada seorang anak diberi nama Rahmat itu, pada tahun ini juga beliau akan kembali ke Indonesia bagi merakamkan lagutemafi­lem,quei

Love You, berjudul Seribu Cinta. Penggambar­an video muzik bagi lagu terbabit juga akan diadakan di negara berkenaan.

“Selama ini saya memang mempunyai kelompok peminat dari Indonesia kerana sudah bertapak di Kalimantan. Jadi, inilah juga masanya untuk saya terus mengukuhka­n peluang dan ruang mengumpul peminat yang lebih besar di negara berkenaan,” katanya.

Ketika ini, Azharina turut sibuk mempromosi­kan terbaharu berjudul

yang dipilih menjadi lagu tema drama, Jejak Karmila, siaran TV3. Pada 26 Mac pula Azharina akan mengadakan persembaha­n di Hard

Rock Cafe, menghiburk­an peminatnya di ibu kota.

 ?? [ FOTO ROHANIS SHUKRI/ BH ] ??
[ FOTO ROHANIS SHUKRI/ BH ]

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia