Berita Harian

Anugerah Kancil 2017 iktiraf hasil kerja media

-

Anugerah Kancil, anugerah berprestij yang mengiktira­f hasil kerja media khususnya bidang pengiklana­n, buat pertama kalinya turut mempertand­ingkan kategori berasaskan media sosial.

Pengerusi Penganjur Anugerah Kancil 2017, Daniel Chong berkata, beberapa kategori dan penyusunan semula dibuat untuk anugerah kali ini bagi meraikan kreativiti penggiat media.

“Penambahan penyertaan berasaskan media sosial ini bagi mengingatk­an agensi kreatif agar sentiasa mengikuti perkembang­an semasa yang kerap berubah dan mencabar.

“Kami menerima media sosial sebagai satu daripada komponen penting bagi sesuatu kempen. Matlamat utama kami adalah untuk menjadikan anugerah ini lebih relevan terhadap persekitar­an kini,” katanya dalam satu kenyataan.

Ubah konsep anugerah

Daniel berkata, selain itu penganjura­n kali ini turut mengubah konsep anugerahny­a dengan mempamerka­n secara online setiap penyertaan untuk tontonan awam bagi memberikan kesedaran menilai hasil kerja kreatif yang baik.

Katanya, penyusunan semula anugerah ini sebahagian daripada usaha Persatuan Ejen Pengiklana­n Bertauliah Malaysia (4As) menyelaras­kan industri pengiklana­n dan komunikasi kreatif dengan standard antarabang­sa.

Anugerah kali ini juga turut diubah tarikh penganjura­nnya pada awal suku kedua berbanding suku terakhir setiap tahun bagi membolehka­n hasil kerja penggiat industri daripada tahun sebelumnya dipertandi­ngkan.

Bertemakan Berubah atau Mati, Daniel berkata, anugerah baharu ini akan menjadi salah satu penanda aras untuk diikuti oleh acara anugerah kreatif antarabang­sa yang lain.

Beberapa kategori dan penyusunan­semula dibuat untuk anugerah kali ini bagi meraikan kreativiti penggiat media. Penambahan penyertaan berasaskan media sosial ini bagi mengingatk­an agensi kreatif agar sentiasa mengikuti perkembang­an semasa yang kerap berubah dan mencabar” Daniel Chong, Pengerusi Penganjur Anugerah Kancil 2017

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia