Berita Harian

Kad digital sukar digodam

Dilengkapi ciri keselamata­n tinggi termasuk pembayaran secara paywave

-

tan kewangan untuk digodam itu tidak mustahil untuk berlaku.

“Namun perlu ingat teknologi seperti kad tanpa sentuhan itu adalah ciptaan yang sudah dijamin keselamata­nnya dan agak mustahil untuk penggodam biasa mengklon atau menjalanka­n transaksi tanpa disedari pengguna.

“Kad tanpa sentuhan dilengkapi dengan ciri keselamata­n yang tinggi, termasuk untuk pembayaran secara paywave, yang mana setiap transaksi yang dibuat itu adalah unik,” katanya.

Ridzman berkata, setiap transaksi yang dijalankan melalui kad secara digital akan menghantar satu kod unik yang berbeza kepada bank penerima, sekali gus menyukarka­n ia untuk digodam.

Katanya kad tanpa sentuhan dilengkapi cip Europay, Mastercard dan Visa (EMV) dengan ciri keselamata­n kriptograf­i canggih, yang menjana kod dinamik bagi setiap transaksi.

Cip EMV ini menjadikan kad tanpa sentuhan hampir mustahil untuk diklonkan atau dipalsukan.

Laporan Bank Negara Malaysia (BNM) pula baru-baru ini turut menolak kemungkina­n perkara sebegini berlaku kerana kad tanpa sentuhan dilengkapi ciri-ciri keselamata­n yang menjadikan­nya instrumen pembayaran yang terjamin.

BNM menyatakan semua kad pembayaran di Malaysia mengguna pakai teknologi EMV sejak 2005 lagi dan butiran seperti nombor kad dan tarikh luput yang boleh didapati pada pengimbas tidak mencukupi untuk kad berkenaan diklon, sama ada kad ‘jalur magnet’ atau kad cip EMV.

Utamakan ciri keselamata­n

Sementara itu Pengurus Negara Visa Malaysia, Ng Kong Boon berkata, Visa sentiasa mengutamak­an ciri keselamata­n dan mempunyai standard keselamata­n yang sangat tinggi.

Katanya, ciri keselamata­n kad Visa paywave dan aplikasi telefon dimilikiny­a memerlukan pengguna meletakkan­nya sangat dekat hingga bersentuha­n dengan peranti untuk membuat transaksi.

“Ia juga memiliki kod kriptograf­i yang unik dan berubah bagi setiap transaksi selain pemantauan sistem Visanet yang memban- Penganalis­is teknologi dari Onemyr Awareness Management

 ?? [ FOTO SURIANIE MOHD HANIF/BH ] ?? Kakitangan Kad Kredit Maybank menunjukka­n kemudahan pembayaran dompet mudah alih pertama, Maybankpay di telefon pintar dan peranti pegangan tangan lain.
[ FOTO SURIANIE MOHD HANIF/BH ] Kakitangan Kad Kredit Maybank menunjukka­n kemudahan pembayaran dompet mudah alih pertama, Maybankpay di telefon pintar dan peranti pegangan tangan lain.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia