Berita Harian

Pengguna beli Samsung siri Galaxy A dapat pakej menarik

-

dengan kedatangan Tahun Baharu Cina ini, Samsung Malaysia Electronic­s menawarkan pakej menarik kepada pelanggan yang membeli telefon pintar siri Galaxy A (2017) terbaharun­ya ini.

Samsung dalam kenyataann­ya berkata, telefon pintar yang bakal berada di pasaran 25 Januari ini memberikan pilihan kepada pengguna dalam persediaan menyambut kedatangan Tahun Baharu Cina kali ini.

Katanya, terdapat tujuh alasan untuk pengguna mendapatka­n telefon pintar siri Galaxy A (2017) antaranya telefon pintar ini mempunyai teknologi tahan air dan debu.

Siri Galaxy A ini dilengkapi IP68, menjadikan­nya ia mudah dibawa ke mana saja tidak kira hujan atau panas.

Selain itu anda tidak perlu risau lagi berebut menonton rancangan TV pilihan kerana dengan menggunaka­n telefon pintar ini anda boleh menonton video dan rancangan TV pilihan di mana saja.

Ia juga memberikan kepuasan dalam tontonan kerana mempunyai paparan Full HD Super AMOLED dengan saiz skrin Super AMOLED yang besar 5.7 inci untuk Galaxy A7 dan 5.2 inci untuk Galaxy A5.

Sudah tentu, sambutan perayaan sebegini adalah masa terbaik untuk mengabadik­an kenangan bersama keluarga, dengan siri Galaxy A (2017) ini menawarkan beberapa penambahba­ikan berbanding model sebelumnya seperti kamera belakang 16MP PDAF (f1.9) dan kamera depan 16MP FF (f1.9).

Belanja tanpa tunai

Selain itu, dalam kemeriahan semua orang meraikan musim perayaan ini pasti agak sukar untuk mengeluark­an wang, tetapi dengan siri Galaxy A (2017) ini, anda boleh berbelanja secara transaksi tanpa tunai.

Ini kerana ia mempunyai ciri Samsung Pay, hanya pilih kad pembayaran pilihan, membuat pengesahan dengan cap jari atau PIN dan sentuh peranti pada terminal pembayaran, sangat mudah dan menyenangk­an.

Bagi menambah sentuhan pada gaya, siri Samsung Galaxy A (2017) menawarkan pilihan model yang menarik seperti model Gold Sand yang lebih segar, manakala model Black Sky memancarka­n aura misteri, bergaya dan elegan.

Dengan kenipisan 7.9 milimeter, peranti tipis ini boleh muat dalam poket seluar atau beg tangan kecil anda.

Tidak sempat mengecaj telefon pintar kerana sibuk mengunjung­i sanak saudara, itu bukan kegusaran kerana ia disokong bateri berkuasa tinggi 3,600 mah (A7) / 3,000mah (A5) untuk tahan lebih lama serta pengecas pantas selain storan lebih besar.

Model yang tersedia dua pilihan warna iaitu hitam Black Sky dan emas Gold Sand itu dijual bermula 25 Januari pada harga RM1,899 (Galaxy A7 2017) dan RM1,699 (Galaxy A5 2017) termasuk GST.

Bahkan pengguna membuat pratempaha­n bermula 6 Januari lalu akan turut menerima fon-kepala Samsung Level U Pro tanpa wayar bernilai RM399 secara percuma.

 ?? [ FOTO YAZIT RAZALI/BH ] ?? Samsung menawarkan teknologi Siri Galaxy A (2017) tahan air dan debu.
[ FOTO YAZIT RAZALI/BH ] Samsung menawarkan teknologi Siri Galaxy A (2017) tahan air dan debu.
 ??  ?? Siri Galaxy A (2017)
Siri Galaxy A (2017)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia