Berita Harian

KCLI gagal pertahan kenaikan

-

Sepanjang minggu lalu, KLCI meneruskan aliran menurun pada jumaat minggu sebelumnya dengan lebih cepat. Pasaran di tutup 13 mata lebih rendah kepada 1,658.84 dengan jumlah urusniaga berkuranga­n 19 peratus kepada 1.788 bilion bernilai RM1.612 bilion pada hari Isnin.

Semua indeks menurun, dan indeks kewangan menurun sebanyak 1.32 peratus (%). Antara kaunter yang mengalami kejatuhan adalah Maybank (-RM0.27,3.25%), Maxis (-RM0.14, -2.27%) dan CIMB (-RM0.10, -2.07%).

Menurut statistik Bursa Malaysia, dari segi penyertaan perdaganga­n, aliran keluar asing bersih adalah RM92.9 juta berbanding aliran masuk asing sebanyak RM111.5 juta pada hari sebelumnya.

Pada Selasa, KLCI di tutup pada 1,663.03, naik 4.19 mata (+0,25%). Jumlah dagangan adalah 1.98 bilion bernilai RM1.67 bilion. Jumlah dagangan ini adalah 11.5% lebih tinggi.

Sektor yang menjadi tumpuan adalah sektor pembinaan dan indeks itu naik 3.04 mata (1.04%) kepada 295.38 mata.

Antara kaunter pembinaan yang untung adalah IJM +RM0.07 (+2.11%), EKOVEST +RM0.09 (+3.7%), ECONPILE +RM0.03 (+1.54%) dan EVERSENDAI +RM0.02 (+RM3.33%).

Pelabur asing masih meneruskan tekanan jualan dan aliran keluar asing bersih adalah RM81.3 juta.

KLCI meneruskan aliran menaik pada Rabu dengan KLCI menokok 11.99 mata (0.12 peratus) kepada 1,665.02. Jumlah dagangan adalah 1.88 bilion saham bernilai RM1.6 bilion.

Pada Khamis, KLCI dibuka pada paras 1,666.90, naik 1.88 mata, berbanding dengan harga tutup pada rabu dan terus menokok hingga 1,667.23 untuk lima minit yang pertama dagangan.

Pada harga penutup, KLCI tutup pada 1,666.51 dan di tutup 1.49 mata (0.09%) lebih tinggi berbanding dengan hari sebelumnya.

Pertahan aliran asing

Jumlah dagangan berkuranga­n 0.57 peratus kepada 1.87 bilion bernilai RM1.73 bilion. Pertambaha­n nilai sebanyak 5.35 peratus.

Sektor teknologi, mendahului dengan kenaikan 0.22 mata (0.94%) indeks teknologi kepada 23.58 mata.

Antara kaunter untung adalah Shell +RM0.26 (+10.32%) KLK +RM0.10 (+0.41%), Mega First +RM0.09 (+3.67%), Petron Malaysia +RM0.07 (+1.67%) dan AFG +RM0.05 (+1.33%).

Penyertaan dagangan asing, bertambah dengan aliran masuk asing bersih adalah RM12.3 juta.

Pada hari terakhir dagangan minggu lalu, KLCI merosot 1.62 mata kepada 1,664.89 mata. Jumlah dagangan adalah 1.58 bilion bernilai RM1.58 bilion. Jumlah dagangan dan nilai dagangan susut 15.5 dan 8 peratus.

Sektor pengguna mencatatka­n keuntungan dengan kenaikan indeks pengguna 0.99 mata +(0.17) kepada 577.33 mata. Sektor Teknologi pula berkuranga­n 0.21 mata -(0.89) kepada 23.37 mata.

Kaunter untung adalah seperti UMW + RM0.46 (+ 10%), Daibochi + RM0.08 (+ 3.6%), Hartalega + RM0.06 (+ 1.32%), Ekovest +

RM0.05 (+ 1.94%) dan Bauto +

RM0 0,04 (+ 1.94%).

Manakala kaunter rugi pula adalah BAT -RM0.68 (-1,52%), Inari -RM0.08 (-4.4%) dan UMWOG - RM0.155 (-17.5%).

Dari segi penyertaan, pelabur asing mencatatka­n aliran keluar asing bersih RM62 juta.

Kaunter UMW mencatatka­n keuntungan selepas membuat pengumuman untuk melupuskan kepentinga­n mereka di dalam UMWOG, berkemungk­inan melalui pemberian dividen.

Dalam pengumuman bersama, Ekuinas akan menggabung­kan perniagaan minyak dan gas (O&G ) iaitu UMWOG dan Icon Offshore Bhd.

KLCI merosot lebih besar berbanding dengan minggu sebelumnya. Minggu sebelumnya, kemerosota­n hanya 2.83 mata. Minggu lalu KLCI merosot 7.13 mata kepada 1664.89.

Bagaimanap­un, ia belum lagi sampai ke paras 50 peratus kenaikan pada minggu pertama Januari 2017 yang mencatat keuntungan sebanyak 38.55 mata.

Walaupun KLCI turun dua minggu berturut-turut, tetapi masih lagi di atas paras sokongan 1,651.73, harga tertinggi pada 13/12/16.

Untuk minggu ini pasaran di jangka akan berlegar di sekitar 1,651 ke 1,678 mata. Sementara menunggu petunjuk lebih positif terutama dari Amerika Syarikat (AS), selepas perlantika­n dan angkat sumpah Donald Trump menjadi Presiden ke-45.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia