Berita Harian

Saham COCOLND dalam aliran menaik

-

adalah kaunter berlandask­an syariah yang tersenarai di Pasaran Utama di bawah sektor pengguna.

Cocoaland Holdings Bhd adalah sebuah syarikat pegangan pelaburan yang terbabit dalam pembuatan, perdaganga­n, dan peruncitan makanan yang diproses yang diawit dan beberapa bahan-bahan berkaitan dengan makanan di Malaysia dan di China.

Produk syarikat termasuk coklat, gula-gula, gula-gula buah-buahan bergetah, biskut, puding, jeli, wafer, dan makanan ringan. Produknya juga terdiri daripada jus, gulungan wafer, kacang, jeli cawan dan keropok.

Syarikat ini ditubuhkan pada 1984 dan beribu pejabat di Rawang, Selangor. Cocoaland Holdings adalah anak syarikat Leverage Success Sdn Bhd.

Mempunyai pasaran modal sebanyak RM469.04 juta dengan terbitan saham sebanyak 228.8 juta.

Harga penutup pada hari jumaat adalah RM2.05, kurang satu sen berbanding harga tutup minggu lalu.

COCOLND mempunyai EPS 0.163 dan PER sebanyak 12.6 kali.

Dari segi teknikal, COCOLND sedang di dalam aliran menaik, harga naik dari harga terendah RM1.82 pada Ogos 2016 dan sekarang sedang menghampir­i paras rintangan tertinggi RM2.10 yang dicapai pada Oktober 2016.

Dengan menggunaka­n kaedah Ichimoku, harga menunjukka­n kekuatan dan dijangka akan terus naik.

Bagaimanap­un, harga mesti melepasi paras rintangan utama pada RM2.10 yang masih bertahan sejak April 2016.

Dengan prestasi keuntungan syarikat yang dipercayai lebih baik pada suku tahun terakhir 2016, harga dijangka melepasi paras rintangan RM2.10 dan akan mencecah sasaran pertama pada harga RM2.20. Ini akan memberi pulangan sekitar 7 peratus.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia