Berita Harian

FBM KLCI dijangka melonjak

Sentimen lebih baik susulan ringgit meningkat berbanding dolar AS

-

Naib Presiden dan Ketua Penyelidik­an Runcit Affin Hwang Investment Bank, Datuk Dr Nazri Khan Adam Khan, berkata sentimen dijangka baik sebelum pelantikan Donald Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat pada Jumaat berikutan ucapan beliau dijangka memberi butiran lanjut mengenai dasar kerajaanny­a, termasuk dasar ekonomi.

Beliau berkata keputusan Bank Pusat Eropah baru-baru ini untuk mengekalka­n kadar faedahnya, selain keyakinan daripada bank pusat Jepun dan Bank Negara Malaysia mengenai pertumbuha­n ekonomi negara masing-masing akan turut membantu meningkatk­an sentimen.

“Ada asas, hanya sentimen yang mengekalka­n pasaran saham tempatan rendah minggu ini,” katanya.

Bagaimanap­un, katanya saham pandu pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 30 mata atau 1.8 peratus pada bulan ini, petunjuk yang baik untuk sepanjang tahun ini.

Paras sokongan 1,660

Beliau berkata paras sokongan minggu depan dilihat pada 1,660 dan paras halangan pada 1,680.

Bagi minggu baru berakhir, indeks tempatan diniagakan kebanyakan­nya rendah, didominasi oleh sentimen berhati-hati terhadap dasar AS selepas Trump mengambil alih pentadbira­n.

Bagi asas mingguan, FBM KLCI jatuh 7.61 mata kepada 1,664.89 daripada 1,672.5 pada Jumaat lalu.

Indeks FBM Emas susut 42.76 mata kepada 11,668.55, Indeks FBMT 100 merosot 43.15 mata kepada 11,372.54, FBM Ace turun 101.37 mata kepada 4,985.8 dan FBM 70 berkuranga­n 16.74 mata kepada 13,346.94.

Indeks FBM Emas Syariah susut 78.87 mata kepada 12,157.94.

Mengikut sektor, Indeks Kewangan turun 38.78 mata kepada 14,707.21, Indeks Perladanga­n jatuh 21.94 mata kepada 7,915.12 dan Indeks Perusahaan merosot 44.55 mata kepada 3,125.53.

Jumlah dagangan mingguan jatuh kepada 9.1 bilion unit bernilai RM8.25 bilion daripada 11.99 bilion unit bernilai RM9.69 bilion pada Jumaat lalu.

Jumlah dagangan Pasaran Utama berkuranga­n kepada 6.08 bilion saham bernilai RM7.74 bilion daripada 7.99 bilion saham bernilai RM8.98 bilion sebelum ini.

Jumlah dagangan waran susut kepada 766.61 juta unit bernilai RM116.42 juta daripada 866.07 juta unit bernilai RM142.42 juta pada Jumaat lalu.

Pasaran ACE merosot kepada 2.23 bilion saham bernilai RM392.53 juta daripada 3.11 bilion saham bernilai RM562.63 juta pada minggu lalu.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia