Berita Harian

Saham Asia, dolar kembali meningkat

-

Kebimbanga­n mengenai pasaran kewangan pada Jumaat menjelang angkat sumpah Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menyaksika­n saham Asia dan dolar kembali meningkat dan hasil Perbendaha­raan AS berlegar berhampira­n dengan paras tertinggi tahun ini.

Pelabur juga menunggu data keluaran dalam negara kasar (KDNK) suku keempat dan setahun penuh China pada 0200 GMT, bagi mendapatka­n isyarat momentum ekonomi kedua terbesar dunia berterusan pada 2017.

Indeks meluas MSCI bagi saham Asia Pasifik di luar Jepun susut 0.1 peratus dan dilihat akan berakhir tidak berubah minggu lalu.

Nikkei Jepun naik 0.1 peratus, berada pada pandasan untuk menghampir­i satu peratus kepada kerugian mingguan.

Sementara itu, saham Shanghai melonjak pada Jumaat selepas ekonomi China mencatatka­n kemajuan pertumbuha­n pertamanya dalam dua tahun.

Peniaga berhati-hati

Namun, peniaga di pasaran Asia lain berhati-hati menjelang permulaan tugas Donald Trump.

Selepas permulaan kurang memberangs­angkan, peniaga di tanah besar China memberi maklum balas yang baik ekoran perangkaan rasmi menunjukka­n ekonomi negara itu berkembang 6.8 peratus pada suku akhir tahun lalu, kemajuan pertama sejak akhir 2014.

Bagi tahun itu, ekonomi China berkembang 6.7 peratus, sejajar dengan jangkaan pungutan pendapat AFP dan menepati sasaran yang ditetapkan kerajaan.

Bagaimanap­un, ia adalah pertumbuha­n paling perlahan sejak 1990.

“Ekonomi China adalah dalam julat yang betul dengan kemajuan dalam kualiti dan kecekapan. Bagaimanap­un, kita juga harus sedar bahawa keadaan dalam dan luar negara masih rumit dan teruk,” kata Biro Perangkaan Negara China dalam satu kenyataan.

Shanghai ditutup 0.7 peratus lebih tinggi, walaupun Hong Kong ditutup 0.7 peratus.

Di pasaran lain, Tokyo ditutup 0.3 peratus lebih tinggi meskipun kelemahan baharu dalam dolar Amerika Syarikat (AS) berbanding yen dan kejatuhan teruk saham pengeluar beg udara kereta, Takata.

Sydney susut 0.7 peratus, Seoul jatuh 0.4 peratus dan Wellington merosot 0.2 peratus.

 ?? [FOTO REUTERS] ?? Seorang lelaki berdiri di hadapan papan elektronik yang menunjukka­n harga saham dan pertukaran wang asing antara yen Jepun dengan dolar AS di Tokyo, kelmarin.
[FOTO REUTERS] Seorang lelaki berdiri di hadapan papan elektronik yang menunjukka­n harga saham dan pertukaran wang asing antara yen Jepun dengan dolar AS di Tokyo, kelmarin.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia