Berita Harian

KM Melaka dipilih Pengerusi Jawatankua­sa Penasihat AGGC

Pemilihan Idris diputus sebulat suara pada mesyuarat di ADB, Manila

- Oleh Fairuz Zaidan

Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron dipilih sebagai Pengerusi Jawatankua­sa Penasihat Asian Green Growth Committee (AGGC) pada mesyuarat di Ibu Pejabat Asian Developmen­t Bank (ADB) di Manila, Filipina.

Pemilihan Idris diputuskan secara sebulat suara oleh Ahli Jawatankua­sa AGGC yang menghadiri mesyuarat berkenaan kelmarin, termasuk Naib Presiden Majlis Antarabang­sa Inisiatif Alam Sekitar Tempatan (ICLEI), Emani Kumar.

Laksana teknologi hijau

Ahli lain ialah Penasihat Naib Presiden ADB (Pengurusan Pengetahua­n dan Pembanguna­n Mapan), Sonia Chand Sandhu; Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF) Malaysia, Datuk Dr Dionysius SK Sharma serta Pengarah dan Penaung Ekonnect Knowledge Foundation, Dr Prasad Modak.

Kualiti hidup lebih baik

Dalam satu kenyataan dikeluarka­n semalam, Idris berkata, kerajaan negeri akan meneruskan usaha menjadikan Melaka peneraju utama melaksanak­an teknologi hijau ke arah mewujudkan kelestaria­n hidup, seterusnya keselesaan buat generasi akan datang.

“Aplikasi teknologi hijau selaras konsep pembanguna­n mapan, perlu memenuhi keperluan semasa tanpa menjejaska­n keperluan generasi masa depan. Usaha kita adalah memastikan generasi akan datang dapat menikmati kualiti kehidupan yang lebih baik,” katanya.

Dalam kenyataan sama, Sonia berkata, Idris sangat konsisten dan komited dalam merealisas­ikan misi hijau bagi Melaka, malah sudah menghadiri lebih 20 forum tempatan atau antarabang­sa untuk berkongsi pengetahua­n dan pengalaman menjayakan misi hijau.

 ?? [FOTO IHSAN JABATAN KETUA MENTERI] ?? Idris (empat dari kiri) menyerahka­n baju Don’t mess with Melaka kepada Pengarah Urusan ADB, James Nugent sempena mesyuarat Jawatankua­sa AGGC di Manila, Filipina.
di bawah ADB bermatlama­t menjana pembanguna­n mapan dalam usaha mewujudkan persekitar­an...
[FOTO IHSAN JABATAN KETUA MENTERI] Idris (empat dari kiri) menyerahka­n baju Don’t mess with Melaka kepada Pengarah Urusan ADB, James Nugent sempena mesyuarat Jawatankua­sa AGGC di Manila, Filipina. di bawah ADB bermatlama­t menjana pembanguna­n mapan dalam usaha mewujudkan persekitar­an...
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia