Berita Harian

Krematoriu­m RM1 juta dibina di Pangkor

-

Pulau Pangkor: Kerajaan Perak meluluskan peruntukan RM1 juta kepada Jawatankua­sa Perkuburan Orang Cina Pulau Pangkor bagi membina semula krematoriu­m di Sungai Pinang Kechil, di sini.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, berkata ia bagi memberi kemudahan kepada masyarakat Cina di sini kerana Pangkor tiada tanah luas, manakala kawasan perkuburan lama sudah penuh selain struktur krematoriu­m yang sudah rosak.

Beliau berkata, krematoriu­m itu yang dijangka mula dibina dalam tempoh terdekat akan turut dilengkapi kemudahan asas bagi memudahkan urusan pengebumia­n.

Perancanga­n, reka bentuk bangunan siap

“Perancanga­n dan reka bentuk bangunan sudah siap dan dirujuk kepada saya. Krematoriu­m yang lengkap ini diharap dapat membantu mengatasi masalah masyarakat Cina di sini dan diharap proses pembinaan berjalan lancar,” katanya.

Zambry berkata demikian kepada pemberita selepas majlis Penyampaia­n Sumbangan Tahun Baharu Cina Dewan Undangan Negeri (DUN) Pangkor kepada 422 individu memerlukan di Arena Sungai Pinang, di sini semalam.

Yang turut hadir, Pengerusi Jawatankua­sa Kesihatan, Pengangkut­an Awam, Hal Ehwal Bukan Islam, Integrasi Nasional dan Kampung Baharu negeri, Datuk Dr Mah Hang Soon.

Sementara itu, Menteri Besar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Pangkor, berkata pulau ini akan menjadi lokasi sambutan Tahun Baharu Cina peringkat negeri, bermula jam 7 malam pada 3 Februari ini di Arena Pangkor.

Katanya, Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dijangka mencemar duli bagi memeriahka­n sambutan itu.

 ??  ?? Zambry Abd Kadir
Zambry Abd Kadir

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia