Berita Harian

Pentagon sedia pelan perang Trump

Hantar lebih ramai askar perangi Daesh di Asia Barat, tindakan agresif kekang pengaruh Iran

- Washington

Pentagon bersiap sedia menawarkan pilihan perancanga­n ketenteraa­n baharu kepada Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump, khususnya dalam usaha memerangi militan Daesh.

Pegawai atasan tentera difahamkan sedang merangka pelbagai perancanga­n selepas pengurusan baharu mengambil alih kuasa.

Perancanga­n itu termasuk penghantar­an lebih banyak anggota tentera ke Asia Barat dan tindakan lebih agresif Pentagon dalam beberapa agenda utama, termasuk mengekang pengaruh Iran yang semakin meluas.

Terdahulu dalam siri kempen sebelum pilihan raya, Trump berikrar menghapusk­an jejak Daesh dan mendakwa memiliki perancanga­n rahsia dalam menghancur­kan militan terbabit.

Beliau bagaimanap­un tidak mendedahka­n sebarang butiran, namun memberi arahan kepada pegawai atasan: „Mereka diberi 30 hari untuk menyerahka­n perancanga­n menghapusk­an Daesh kepada Pejabat Oval.“

Khabar angin mengenai pemberhent­ian dasar diamalkan Barack Obama selama ini tersebar sejak minggu lalu serentak dengan pelantikan Ketua Pentagon yang baharu, James Mattis.

Beliau yang juga mantan Panglima Angkatan Tentera Laut meraih banyak sokongan dan dijangka antara individu pertama bakal mengangkat sumpah sebagai barisan kabinet Trump.

Perhalusi asak kubu kuat Daesh

Mattis dipetik sebagai berkata, usaha mengasak kubu kuat Daesh di Raqqa perlu diperhalus­i semula untuk mencari kaedah lebih agresif.

Persoalan utama ketika ini ialah jika AS akan menghantar tenteranya sendiri atau sekadar menggunaka­n pasukan bersenjata Kurdis Syria, tindakan yang pasti menaikkan kemarahan rakan sekutunya, Turki.

Jurucakap pasukan pertahanan AS yang enggan dikenali berkata, barisan pegawai atasan sudah bersedia dengan beberapa pilihan rancangan untuk diperhalus­i Mattis dan Trump.

“Jika sumber sedia ada termasuk senjata api tidak dapat diagihkan kepada rakan sekutu AS yang akan menyertai peperangan itu sendiri, pilihan lain adalah menghantar sendiri pasukan ke sana bagi mengimbang­i sumber dan kuasa ketenteraa­n yang ada,” kata jurucakap.

Dalam perkembang­an lain, Trump yang berkunjung ke ibu pejabat Agensi Perisikan Pusat (CIA) kelmarin berkata, agensi itu mendapat sokongan penuhnya dalam lawatan bertujuan memperbaik­i hubungan selepas secara terbuka menolak penilaiann­ya, Russia cuba membantu beliau memenangi pilihan raya AS.

“Saya bersama anda 1,000 peratus,” katanya dalam ucapan ringkas kepada kakitangan CIA di Virginia.

Mike Pompeo, dipilih Trump mengetuai CIA, masih belum disahkan jawatannya oleh Senat AS.

Jika sumber sedia ada termasuk senjata api tidak dapat diagihkan kepada rakan sekutu AS yang akan menyertai peperangan itu sendiri, pilihan lain adalah menghantar sendiri pasukan ke sana bagi mengimbang­i sumber dan kuasa ketenteraa­n yang ada”

 ??  ?? Mattis (tengah) menjadi tuan rumah mesyuarat pertama selepas dilantik di Pentagon, Washington.
Mattis (tengah) menjadi tuan rumah mesyuarat pertama selepas dilantik di Pentagon, Washington.
 ?? [ FOTO AGENSI ] ?? Trump (kiri) dan Mattis berbincang.
[ FOTO AGENSI ] Trump (kiri) dan Mattis berbincang.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia