Berita Harian

Trump tuduh media bohong

Perarakan wanita tarik 5 juta penunjuk perasaan di seluruh AS

-

l

Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump menuduh media berita berbohong mengenai jumlah kehadiran penonton yang menyaksika­n upacara angkat sumpah dirinya Jumaat lalu.

Berucap di hadapan kakitangan ibu pejabat Agensi Perisikan Pusat (CIA) di Virginia, Trump tersilap berkata, orang ramai penuh sesak membanjiri kawasan sepanjang Tugu Washington di tengah National Mall.

Gambar diambil di National Mall Jumaat lalu menunjukka­n ruang kosong besar ditinggalk­an berbanding ketika penonton menghadiri upacara angkat sumpah Barack Obama lapan tahun lalu.

Trump berkata, jumlah penonton ketika majlis angkat sumpah dianggarka­n 1.5 juta orang. Perkhidmat­an National Park tidak menyediaka­n anggaran rasmi, namun angka yang disebutkan agak mustahil.

Acara lain memenuhi sebahagian besar Mall tidak menarik penonton sebegitu ramai.

Tuduh tak jujur

Presiden AS itu berkata, media berita akan membayar ‘harga mahal’ dalam apa yang dianggapny­a tindakan tidak jujur.

Sementara itu, ratusan ribu wanita memenuhi jalanan di bandar utama AS untuk mengetuai gelombang bantahan antarabang­sa tidak dijangka menentang Trump, mengejek dan mengutuk pemimpin baharu itu, sehari selepas pelantikan­nya.

Penganjur berkata, mereka menarik hampir lima juta penunjuk perasaan secara keseluruha­n, jauh mengatasi jangkaan sebelumnya. Aktivis wanita, berang dengan retorik kempen Trump dan kelakuanny­a, terutama tidak menghormat­i wanita, mengetuai sejumlah besar perarakan di AS dan perhimpuna­n simpati di seluruh dunia kelmarin.

Penunjuk perasaan melaungkan slogan seperti, “Kami perlu pemimpin sebenar, bukan tweeter menakutkan,” dan “Heyhey, ho-ho, Donald Trump perlu pergi,” ketika ramai memakai topi kait berwarna merah jambu, merujuk tindakan Trump bermegah mencabul wanita dalam video pengakuann­ya pada 2005.

Tiada anggaran rasmi kehadiran penunjuk perasaan, namun jelas melebihi 200,000 di pinggir ibu kota ini, sekitar Rumah Putih dan National Mall.

Ratusan ribu lagi wanita berkumpul di New York, Los Angeles, Chicago, Denver dan Boston, menambah tentangan besar-besaran ke atas Trump tidak pernah disaksikan dalam politik AS ketika hari pertama Presiden AS bertugas.

Pencabar Trump, Hillary Clinton menulis tweet sokongan kepada penunjuk perasaan, sementara bekas Setiausaha Negara AS, John Kerry, dilihat menyertai bantahan, sehari selepas melepaskan jawatan bersama anjingnya.

Selebriti, Scarlett Johansson dan Michael Moore antara yang berucap manakala diva pop, Madonna membuat kemunculan tidak dijangka di pentas Washington.

 ?? [ FOTO AFP ] ?? Madonna, membuat penampilan mengejut pada Perarakan Wanita, membantah Donald Trump sebagai Presiden AS.
[ FOTO AFP ] Madonna, membuat penampilan mengejut pada Perarakan Wanita, membantah Donald Trump sebagai Presiden AS.
 ??  ??
 ??  ?? Penunjuk perasaan mengambil bahagian dalam Perarakan Wanita di Washington.
Penunjuk perasaan mengambil bahagian dalam Perarakan Wanita di Washington.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia