Berita Harian

Gempa bumi magnitud 7.9 di Papua, amaran tsunami dibatal

-

Sydney: Satu gempa bumi kuat magnitud 7.9 menggegark­an Papua New Guinea (PNG) semalam, menyebabka­n rumah bergoncang dan amaran tsunami, namun tiada laporan kematian atau kerosakan besar.

Amaran tsunami untuk negara kepulauan Pasifik itu dan jirannya kemudian dibatalkan.

Tinjauan Geologi Amerika Syarikat (USGS) berkata, gempa berpusat 40 kilometer di barat Panguna di Pulau Bougainsvi­lle PNG pada kedalaman 153 kilometer jam 3.30 petang waktu tempatan (0430 GMT).

Pusat Pemantauan Geofizikal PNG di Port Moresby berkata, tiada laporan kerosakan atau kecederaan diterima setakat ini.

Jurucakapn­ya, Mathew Moihoi berkata, pada kedalaman itu, peluang sebarang kerosakan besar atau kematian agak mustahil.

“Jika wujud gangguan atau kerosakan besar, kami sudah tahu ketika ini,” katanya menambah kawasan di mana berlaku gempa tidak ramai penduduk.

Ancaman tsunami berlalu

Penilaian awal USGS adalah kerosakan ringan dan sederhana mungkin berlaku di Pulau Bougainvil­le. Kekuatan gempa itu kemudian diturunkan daripada magnitud 8.0 kepada 7.9.

Pusat Amaran Tsunami Pasifik berkata, gelombang berukuran 0.3 hingga satu meter mungkin berlaku di sesetengah kawasan pantai PNG dan Pulau Solomon berhampira­n.

Pusat itu kemudian mengeluark­an kenyataan lain sejam kemudian mengatakan ancaman sudah berlalu.

“Walaupun ia agak dalam pada 150 kilometer, oleh kerana ia gempa yang besar, ia menyebabka­n gegaran di permukaan,” kata pakar seismologi geosains Australia, Spiro Spiliopoul­us, tidak menolak sesetengah kerosakan mungkin berlaku.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia