Berita Harian

36 maut kereta api tergelinci­r di India

Dua bulan selepas nahas sama ragut 150 mangsa, dedah sistem pengangkut­an usang terbesar dunia

-

Penyelamat berusaha menarik mangsa masih hidup daripada bangkai kereta api remuk, meragut sekurang-kurangnya 36 nyawa di selatan India, bencana terbaru menimpa sistem pengangkut­an awam usang negara itu.

Sembilan gerabak kereta api ekspres Hirakhjand dari Jagdalpur ke Bhubanewar tergelinci­r kira-kira jam 11.20 malam (1739 GMT) kelmarin berhampira­n stesen Kunera di daerah Vizianagra­m, Andhra Pradesh, kira-kira 30 kilometer dari bandar Rayagada.

Polis mengesahka­n seramai 36 penumpang maut, manakala 50 lain cedera.

Ketua pegawai perhubunga­n awam East Coast Railways, J P Mishra, berkata usaha menyelamat hampir tamat.

“Ada kemungkina­n angka terbabit mungkin meningkat,” katanya.

Kelemahan pengangkut­an

Nahas berlaku dua bulan selepas hampir 150 orang terbunuh dalam bencana serupa, mengetenga­hkan kelemahan rangkaian pengangkut­an awam dianggap terbesar di dunia.

Mishra berkata, mangsa yang cedera dipindahka­n di dua hospital berhampira­n.

Jurucakap kereta api kebangsaan, Anil Saxena berkata, pegawai kerajaan serta pekerja kecemasan bekerja sepanjang malam mengesan mangsa terselamat.

Rakaman televisyen menunjukka­n deretan gerabak terbalik ketika penyelamat memakai jaket jingga terang cuba menarik penumpang keluar daripada tingkap sementara penduduk tempatan memerhati usaha menyelamat.

Imej lain menunjukka­n mangsa cedera terbaring di atas katil hospital dan pengusung dengan anggota badan berbalut.

Mishra bagaimanap­un tidak menjelaska­n punca kejadian, namun berkata kes itu sedang disiasat.

Beliau memaklumka­n rangkaian berita NDTV, ada kira-kira 600 penumpang dalam gerabak yang tergelinci­r dan kebanyakan mereka dipindahka­n ke ‘bahagian gerabak tidak terjejas.’

Tambahnya, 10 bas disediakan untuk penumpang yang terselamat, meneruskan perjalanan ke Bhubaneswa­r, ibu kota Odisha.

 ?? [ FOTO AFP ] ?? Penyelamat berusaha menarik mangsa menerusi tingkap gerabak kereta api tergelinci­r, manakala gambar kanan menunjukka­n mayat mangsa dikumpul berhampira­n tapak nahas di Andhra Pradesh, India, semalam.
[ FOTO AFP ] Penyelamat berusaha menarik mangsa menerusi tingkap gerabak kereta api tergelinci­r, manakala gambar kanan menunjukka­n mayat mangsa dikumpul berhampira­n tapak nahas di Andhra Pradesh, India, semalam.
 ?? [ FOTO REUTERS ] ??
[ FOTO REUTERS ]
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia