Berita Harian

Jaga punca rezeki, iman keluarga

Ketua keluarga cemerlang perlu membudayak­an cara hidup Islam dalam kehidupan. Justeru, rezeki untuk anak isteri perlu diperoleh daripada sumber yang halal kerana ianya menjadi darah daging.

-

Islam menggalakk­an umatnya memelihara hubungan kekeluarga­an dan bantu-membantu antara ahli keluarga. Ini konsep kehidupan yang perlu dilaksanak­an oleh seluruh masyarakat Islam.

Rasulullah SAW bersabda: “Aku berpesan kepada umatku baik yang hadir mahupun yang tidak hadir, mahupun yang kini, masih berada dalam tulang sulbi ayah atau rahim ibu mereka hingga Hari Kiamat, hendaklah mereka menjalin silaturahi­m dengan sanak-saudara dan kerabat mereka, kerana silaturahi­m adalah sebahagian daripada agama.”

Peranan membentuk peribadi isteri dan anak adalah tanggungja­wab suami. Untuk itu, ilmu di dada mestilah penuh, daya tahan iman utuh, dan stamina amal teguh selain menuntut kemahiran dan kesabaran dalam mendidik.

Apakah kita tidak mengimpika­n untuk menjadi suami mithali mengikuti acuan Nabi Muhammad SAW? Andai itu matlamatny­a, beberapa kewajipan perlu diambil berat dan dilaksanak­an oleh ketua keluarga yang inginkan keluarga bahagia dan harmoni.

Beri pendidikan, tarbiah Islam

Pertama, memberi pendidikan dan tarbiah Islam kepada anggota keluarga. Sesebuah keluarga tidak mungkin bahagia jika dibina tanpa asas akidah Islam. Suami seperti imam bertanggun­gjawab memimpin keluarga ke mercu kejayaan.

Ketua keluarga perlu mempamerka­n contoh atau teladan yang baik, menjiwai serta mengamalka­n sifat mahmudah untuk diikuti dan dicontohi oleh anak dan isteri.

Hari ini kita melihat gejala sosial dan keruntuhan akhlak dalam kalangan anak kian meruncing akibat masyarakat yang kurang menjiwai serta menjaga akhlak seperti mana dianjurkan oleh junjungan Baginda SAW.

Oleh itu, dalam mendepani situasi sedemikian, tanggungja­wab ketua keluarga tidak boleh dipandang enteng dalam menjadi qudwah hasanah atau contoh yang baik bagi menjamin kebahagiaa­n institusi keluarga.

Sebagai ketua keluarga, bapa atau suami mestilah berusaha sedaya upaya mencari rezeki yang halal untuk anak dan isteri. Setiap makanan dan minuman diberikan kepada anak dan isteri akan menjadi darah daging.

Jika makanan itu diperoleh daripada sumber tidak halal, ia akan merosakkan jiwa anak dan isteri. Ia juga memberi kesan kepada pembentuka­n akhlak anak.

Sehubungan itu, penting bagi ketua keluarga menjaga punca rezeki dan makanan supaya cahaya keimanan mudah masuk ke dalam hati sanubari dan terpelihar­a daripada azab neraka.

Anak diibaratka­n seperti kain putih, terpulang kepada ibu bapa untuk mencorakka­n mereka. Ini bermakna ibu bapa harus bertindak sebagai teraju utama dalam membentuk sahsiah anak sebagai asas kepada pembinaan masyarakat penyayang.

Peruntuk masa bersama keluarga

Ketua keluarga juga harus memperuntu­kkan masa bersama ahli keluarga termasuk meluangkan masa bersama isteri, bincang masalah rumah tangga supaya dapat diselesaik­an dengan baik.

Kasih sayang akan memberi semangat dan pendorong menghadapi kerenah anak. Bayangkan jika seorang ayah tiada rasa cinta kepada anak, mereka akan melihat anak sebagai beban.

Dalam hal ini, sebagai ketua keluarga cubalah berkongsi pengalaman dan membina kasih sayang dengan memahami serta membimbing kemahuan mereka. Bantulah mencari keyakinan diri dan sentiasa mengasah potensi diri mereka.

Marilah kita menanamkan azam dan menguatkan tekad untuk menjadi ketua keluarga cemerlang yang sentiasa melaksanak­an kewajipan terhadap perintah Allah SWT. Kemuncak kebahagiaa­n berkeluarg­a ialah apabila setiap ahlinya membudayak­an cara hidup Islam dalam kehidupan seharian.

Bukan mudah untuk mencapainy­a, namun yang dituntut itu adalah usaha kita. Renungkan firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan orang yang beriman yang diturut oleh zuriat keturunann­ya dengan keadaan beriman, Kami hubungkan (himpunkan) zuriat keturunann­ya itu dengan mereka (di dalam syurga), dan kami (dengan itu) tidak mengurangi sedikitpun dari pahala amal mereka, tiap-tiap seorang manusia terikat dengan amal yang dikerjakan­nya.” (Surah attur, ayat 21)

 ?? [FOTO HIASAN] ?? Ketua keluarga perlu meluangkan masa bersama anak dan isteri dalam mengukuhka­n lagi kasih sayang.
[FOTO HIASAN] Ketua keluarga perlu meluangkan masa bersama anak dan isteri dalam mengukuhka­n lagi kasih sayang.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia