Berita Harian

Aktiviti lasak bina kekuatan mental

Bekas pesakit kanser payudara sertai kayuhan perahu naga di Hong Kong

- Oleh Mahani Ishak

Pasukan Pink Challenger­s yang dianggotai bekas penghidap kanser payudara mempunyai semangat kental, saling memberi sokongan antara satu sama lain melakukan pelbagai aktiviti berfaedah untuk kekal hidup sihat.

Mereka juga menguji keupayaan melakukan pelbagai kegiatan lasak menerusi penyertaan mereka dalam pertanding­an kayuhan perahu naga di dalam dan luar negara.

Pengurus pasukan Pink Challenger­s, Lillian Pua, 55, berkata aktiviti seumpama itu dijadikan platform bekas penghidap kanser payudara untuk membina kekuatan mental dan fizikal bagi meneruskan kehidupan.

Katanya, Pink Challenger­s akan menyertai pertanding­an Hong Kong Internatio­nal Dragon Boat Race yang menjadi kejohanan pertama bagi tahun ini, di Hong Kong, pada 3 hingga 4 Jun depan.

“Kali ini, seramai 13 ahli dan seorang jurulatih akan menyertai cabaran ini. Kami berharap dapat membawa pulang pingat kemenangan, sekali gus menguatkan semangat Pink Challenger­s untuk terus aktif dalam bidang kayuhan perahu naga ini,” katanya ketika dihubungi BH.

Latihan tingkat stamina

Lillian berkata, sebagai persediaan, mereka menjalani latihan setiap pagi Ahad di Tasik Putrajaya dan akan menjalani latihan dua kali seminggu menjelang Februari ini bagi meningkatk­an stamina dan kekuatan mental.

Pihaknya berharap kos penginapan dan makanan ditaja oleh pihak penganjur, manakala perbelanja­an membeli tiket penerbanga­n akan disediakan sendiri pasukan terbabit.

“Saya berharap ada pihak yang bersedia menaja kami. Tahun ini, saya menyasarka­n dapat menyertai sekurang-kurangnya dua atau tiga pertanding­an pada peringkat antarabang­sa supaya pasukan ini lebih dikenali, konsisten dan meningkatk­an kualiti gaya hidup sihat,’ katanya.

Beliau berkata, kebanyakan ahli pernah menjalani pembedahan membuang payudara dan mereka melalui pelbagai cabaran sepanjang menderita penyakit terbabit.

Lillian berkata, mereka akan menyertai dua kategori iaitu pasukan wanita dan terbuka dalam pertanding­an itu yang diadakan di lautan berbanding latihan yang biasa di tasik.

“Ini memberikan cabaran kepada kami berikutan penyertaan nanti membabitka­n peserta wanita lingkungan usia 30 hingga 60 tahun, namun kita lihat ia dari sudut positif kerana kita melakukan latihan yang konsisten dan kerjasama berpasukan,” katanya.

Giat aktiviti kesedaran

Sebelum ini, Pink Challenger­s mengambil bahagian dalam pelbagai acara, antaranya Pertanding­an Perahu Naga Sabah di Kota Kinabalu, Sava Sprints di Singapura dan beberapa pertanding­an tempatan di Putrajaya, Kuala Lumpur.

Pink Challenger­s juga giat dalam aktiviti kesedaran kanser payudara dengan menganjurk­an pelbagai acara yang unik seperti “Bum on Bikes”, iaitu mereka mereka menjadi penunggang motosikal Harley Davidson dari Kuala Lumpur ke Melaka dan Penang Channel Challenge, selain pernah mencabar diri mengayuh bot merentasi selat sejauh 3.8 kilometer dari Butterwort­h ke Pulau Pinang.

Saya berharap ada pihak yang bersedia menaja kami. Tahun ini, saya menyasarka­n dapat menyertai sekurangku­rangnya dua atau tiga pertanding­an pada peringkat antarabang­sa” Lillian Pua, Pengurus pasukan Pink Challenger­s

 ?? [FOTO AHMAD IRHAM MOHD NOOR/BH] ?? Kumpulan Pink Challenger­s Dragon Boat membuat latihan di Tasik Putrajaya sebagai persediaan menyertai pertanding­an di Hong Kong.
[FOTO AHMAD IRHAM MOHD NOOR/BH] Kumpulan Pink Challenger­s Dragon Boat membuat latihan di Tasik Putrajaya sebagai persediaan menyertai pertanding­an di Hong Kong.
 ??  ??
 ??  ?? Antara aktiviti yang pernah disertai Pink Challenger­s.
Antara aktiviti yang pernah disertai Pink Challenger­s.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia