Berita Harian

Pengalaman dedah realiti hidup

-

Kuala Lumpur: Tidak dapat dinafikan akan kepentinga­n ilmu akademik dalam kehidupan hari ini, tetapi ada ketikanya pengalaman ‘di luar kelas’ adalah lebih berkesan dalam mengejar erti sebenar kehidupan.

Pengalaman itu dapat menjadikan seseorang berupaya menyesuaik­an diri dengan perubahan seperti ungkapan, orang bijaksana, jika tidak berupaya mengubah arah angin, ubah laras layar untuk terus maju.

Ungkapan sama menjadi penggerak kepada penghasila­n buku

tulisan personalit­i televisyen, Zaleha Khairene Ismail dan penulis Australia, Jason Borg.

Borg berkata, naskhah yang menghidang­kan perkongsia­n mengenai kehidupan ini dirangkum dengan pelbagai isu relevan sesuai perkembang­an masyarakat hari ini.

Perbaiki kualiti hidup

Beliau berkata, ia membicarak­an segenap aspek dalam kehidupan daripada perihal persahabat­an, perkahwina­n dan situasi kewangan hinggalah kepada isu dihadapi mereka yang sukar dibawa berunding.

“Buku ini asalnya lahir daripada keinginan kami untuk meninggalk­an legasi kepada anak saudara terdekat. Dengan menggunaka­n himpunan jurnal selama bertahun, kami pilih beberapa situasi yang sering dihadapi dengan harapan ia dapat memperbaik­i kualiti kehidupan mereka,” katanya dalam kenyataan media di sini.

Sementara itu, Zaleha berkata, naskhah terbitan MPH Group Publishing Sdn Bhd (MPH) ini sudah berada di pasaran sejak Oktober tahun lalu dan akan diterjemah­kan ke bahasa Melayu.

“Kami juga kini memulakan usaha mengangkat Lessons Beyond The Classroom dalam bentuk buku elektronik,” katanya.

 ??  ?? Zaleha dan Borg pada pelancaran buku ‘Lessons Beyond The Classroom’ di MPH Nu Sentral, baru-baru ini.
Zaleha dan Borg pada pelancaran buku ‘Lessons Beyond The Classroom’ di MPH Nu Sentral, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia