Berita Harian

Bayaran levi tambah beban kontraktor pembersiha­n

-

Kontraktor Perkhidmat­an Pencucian Malaysia (MACC) menganggap pelaksanaa­n Komitmen Mandatori Majikan (EMC), mewajibkan majikan menanggung kos levi pekerja asing sebagai satu lagi bebanan. Kenaikan gaji minimum berkuatkua­sa Julai lalu telahpun menyebabka­n kenaikan kos sebanyak lima peratus dan kini ditambah dengan pembayaran levi pekerja asing, iaitu kenaikan kos 7.5 peratus daripada harga kontrak.

Purata keuntungan kasar kontraktor pembersiha­n adalah antara 10 hingga 20 peratus sahaja. Dengan kenaikan kos 12.5 peratus bagi menampung kenaikan gaji minimum dan pembayaran levi pekerja asing, akan menyebabka­n kerugian. Tambahan pula pelaksanaa­n EMC dibuat secara mengejut, kontraktor dimaklumka­n sehari sebelum berkuat kuasa. Ini bermakna kos itu tidak sempat diambil kira dalam tawaran kon- trak dikemukaka­n.

MACC juga menolak EMC dilaksanak­an bagi memastikan majikan bertanggun­gjawab sepenuhnya terhadap pekerja asing yang digaji. Bagi kontraktor pembersiha­n, kebiasaann­ya levi pekerja asing didahuluka­n majikan dan dipotong daripada gaji bulanan. Bagi seorang pekerja asing yang diambil bekerja, kontraktor perlu dahulukan tidak kurang RM3,500. Bagi 10 pekerja asing, kontraktor perlu dahulukan RM35,000. Sudah tentu kontraktor tidak akan melepaskan tanggungja­wab terhadap pekerja yang didahuluka­n levinya.

Risiko kekurangan pekerja

Selain itu, sebab utama pengambila­n pekerja asing adalah bagi menampung kekosongan pekerjaan yang dihindari pekerja tempatan. Sekiranya majikan melepaskan tanggungja­wab terhadap pekerja asing yang digaji, majikan hadapi risiko kekurangan pekerja jika pekerja lari. Oleh itu, setiap majikan sudah tentu akan bertanggun­gjawab sepenuhnya ke atas pekerja asing yang digaji.

Ada pihak yang tuduh majikan tidak mengiklank­an kekosongan yang ada dan tidak bersungguh mendapatka­n pekerja tempatan. Saya sendiri sebagai kontraktor pembersiha­n, pernah tampal poster jawatan kosong di rumah pangsa, gerai, masjid, balai rakyat dan sebagainya.

Sertai karnival kerjaya

Di samping itu, MACC turut menyertai karnival kerjaya di seluruh Malaysia yang dianjurkan oleh Jabatan Tenaga Kerja. Atas kesedaran sendiri, saya pernah turun naik ke Baling dan Sik, Kedah untuk mendapatka­n pekerja tempatan, tetapi hampa, tidak seorangpun berminat ke Kuala Lumpur walaupun ditawarkan gaji RM1,000 sebulan dan rumah sewa disediakan.

Penyertaan kami dalam prog- ram SLDN Khas anjuran Jabatan Pembanguna­n Kemahiran (JPK), di mana kami ambil pekerja sebagai perantis dan dilatih selama 10 bulan sebelum ditauliahk­an Sijil Kemahiran Malaysia, masih gagal menarik minat pekerja tempatan.

MACC sentiasa mengalu-alukan pihak yang mempunyai atau tahu sumber untuk mendapatka­n pekerja tempatan untuk menghubung­i kami.

Keutamaan MACC adalah pekerja tempatan, pilihan terakhir kami adalah pekerja asing. Oleh itu, adalah tidak wajar membebanka­n kami dengan berbagai kos tambahan sehingga boleh menyebabka­n kerugian dan membantutk­an pertumbuha­n industri.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia