Berita Harian

Dasar penting diri Trump rugikan rakyat AS

-

Ramai pihak kini mula tertanya-tanya ke mana hala tuju Amerika Syarikat (AS) selepas Donald J Trump dilantik sebagai Presiden AS ke-45. Selepas upacara angkat sumpahnya Jumaat lalu, Trump memberi ucapan sulungnya sebagai Presiden yang dilihat sebagai keras dan radikal terhadap banyak isu.

Senada dengan semua ucapan diberikan olehnya ketika proses pemilihan Presiden sepanjang 2016 lalu, Trump berjanji akan memberi segala fokus pentadbira­nnya dengan mengutamak­an negaranya serta mendahuluk­an kepentinga­n AS di atas perkara yang lain.

Umum mengetahui beberapa rancangan Trump melalui siri ucapan yang diberikann­ya selama ini, keras dan radikal sama ada dari aspek dasar atau polisi pentadbira­n dalaman negaranya sendiri, hubungan perdaganga­n antarabang­sa mahupun hubungan diplomatik negaranya dengan negara-negara dunia.

Trump juga berjanji akan memberi fokus kepada aspek keselamata­n negaranya dengan menabur janji untuk menggiatka­n usaha bagi menghapusk­an kumpulan pengganas dan mengawal kebanjiran pendatang haram ke negaranya melalui pembinaan tembok di sempadan negaranya.

Dasar penting diri

Semua rancangan itu, jelas menunjukka­n Trump akan memberi fokus utama terhadap negaranya sendiri. Pada masa sama, segala rancangan yang akan diambilnya, boleh ditafsir oleh ramai pihak sebagai mementingk­an diri sendiri, melaksanak­an dasar pintu tertutup dan pada masa sama diyakini bukan sahaja akan gagal memerangi pengganas sedia ada, malah akan meningkatk­an lagi tahap keganasan.

Kesan berpanjang­an daripada ini akan mengakibat­kan ketidaksta­bilan keamanan dunia serta akan menyebabka­n ekonomi global berada dalam keadaan tidak menentu.

Walaupun masih terlalu awal untuk menilai dan menjangkak­an apa yang akan berlaku sepanjang pentadbira­nnya untuk tempoh empat tahun akan datang, masih belum terlewat untuk pentadbira­n Trump mengambil langkah bijak untuk menggunaka­n segala kuasa yang dimilikiny­a sebagai Presiden AS dan sebagai ketua bagi sebuah negara yang paling berpengaru­h di dunia demi kebaikan semua pihak.

Trump perlu ketahui bahawa dunia kini sudah berubah, ia tidak sama dengan era selepas tamatnya perang dunia kedua lebih 70 tahun lalu dan ia juga tidak sama dengan era perang dingin lebih 30 tahun dahulu. Dunia kini lebih menjurus ke arah globalisas­i yang memerlukan kerjasama erat semua pihak atas dasar keadilan serta kesamarata­an.

Tak boleh ambil langkah sendiri

Tiada negara lagi yang boleh menggunaka­n kedudukan mereka untuk mempengaru­hi dasar atau polisi negara lain tanpa sebarang perbincang­an. Segala langkah yang ingin dilaksanak­an perlu dilakukan melalui kerjasama dengan semua pihak. Amerika Syarikat tidak boleh mengambil langkah secara bersendiri­an tanpa membabitka­n semua pihak terutama mengenai isu memerangi pengganas.

Sekiranya dasar keras atau radikal Trump masih kekal, nescaya ia akan membawa kerugian besar bukan sahaja terhadap Trump, malah turut membawa kerugian terhadap rakyatnya dan akan menjejaska­n segala usaha diambil oleh bekas Presiden AS, Barack Obama yang ingin mewujudkan dunia yang lebih adil, aman dan makmur untuk tahun-tahun akan datang.

 ?? [FOTO HIASAN] ?? Beribu-ribu berkumpul di City Hall membantah agenda dan retorik Trump.
[FOTO HIASAN] Beribu-ribu berkumpul di City Hall membantah agenda dan retorik Trump.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia