Berita Harian

Rooney kini penjaring terbilang United

Ledak gol ke-250 ketika bertemu Stoke, untuk padam rekod lama 4 dekad Charlton

- ̌ London

Wayne Rooney muncul sebagai penjaring terbanyak Manchester United apabila meledak gol ke-250 untuk kelab gergasi Inggeris itu ketika seri 1-1 di Stoke, kelmarin sambil menyifatka­n ia sebagai amat bermakna buat dirinya.

Kapten Red Devils ini menyamakan kedudukan pada minit keempat aksi masa kecederaan untuk memecahkan rekod legenda England, Bobby Charlton yang meledak 249 gol bersama United sebelum ini.

Penyerang berusia 31 tahun yang membuat penampilan ke-546 buat United, mengatasi rekod Charlton yang juga pemenang Piala Dunia 1966, menerusi sepakan percuma menarik untuk menewaskan penjaga gol Stoke, Lee Grant di Stadium Britannia.

Penghormat­an terbesar

“Ia sangat bermakna buat diri saya,” kata Rooney yang menyertai United pada 2004 daripada Everton sejurus selepas perlawanan itu.

“Ia satu penghormat­an yang hebat dan saya sangat bangga,” kata pemain kelahiran Liverpool ini. “Pemain yang bermain untuk kelab ini adalah bertaraf dunia. Saya bangga untuk bermain bersama kelab ini.

“Untuk menjadi penjaring terbanyak sepanjang zaman adalah satu penghormat­an terbesar.”

Sementara itu, Charlton yang kecewa selepas kehilangan rekod bertahan selama lebih empat dekad berkata beliau ‘gembira’ kerana yang memecahkan rekod itu adalah Rooney.

“Lebih 40 tahun sejak saya menjaringk­an gol terakhir, jaringan ke-249 untuk Manchester United. Jadi saya harus mengakui rekod saya sudah digunakan untuk menjadi penanda aras tertinggi penjaring terbanyak kelab itu,” kata Charlton kepada laman web United.

“Saya akan berbohong untuk mengatakan bahawa saya tidak kecewa kerana kehilangan rekod itu. Bagaimanap­un, saya boleh katakan bahawa saya gembira dengan Wayne.”

 ??  ?? Wayne Rooney (kiri) menjaringk­an gol pada masa kecederaan bantu United kongsi mata menentang Stoke pada saingan Liga Perdana Inggeris, semalam.
Wayne Rooney (kiri) menjaringk­an gol pada masa kecederaan bantu United kongsi mata menentang Stoke pada saingan Liga Perdana Inggeris, semalam.
 ??  ?? Paul Pogba (kanan) diasak pemain tengah Stoke, Joe Allen.
Paul Pogba (kanan) diasak pemain tengah Stoke, Joe Allen.
 ??  ?? Mark Hughes (kanan) tak puas hati.
Mark Hughes (kanan) tak puas hati.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia