Berita Harian

Klopp berang benteng Liverpool

-

London: Jurgen Klopp menyelar kecuaian pertahanan Liverpool yang menyaksika­n misi pasukannya untuk mencabar kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) dirosakkan dengan kekalahan mengejut 3-2 kepada Swansea City, kelmarin.

Pengendali skuad The Reds itu menyifatka­n penyerang The Swans, Fernando Llorente dibenarkan untuk menjaringk­an dua kali berturut-turut pada babak kedua selepas kesilapan pertahanan.

Roberto Firmino dua kali meledak gol penyamaan buat Liverpool, namun tuan rumah dimusnahka­n dengan jaringan Gylfi Sigurdsson untuk Swansea meraih kemenangan pertama di Anfield.

“Barisan pertahanan belum cukup baik apabila melepaskan tiga gol. Ia adalah satu bahagian yang sangat penting dalam permainan,” kata Klopp.

“Saya tidak tahu bagaimana Llorente tidak di kawal dan menjaringk­an gol pertama dalam kotak penalti.

“Gol kedua mereka, saya boleh menerima tandukan itu, tetapi kami perlu menghalang hantaran silang. Bagi gol ketiga, semua silap. Ia bermula dengan tindak balas dari hantaran jauh.”

Cabar pemain bangkit

Kekalahan itu menyebabka­n impian Liverpool memburu kejuaraan liga tergantung dan Klopp mencabar pemainnya untuk membuktika­n mereka boleh bangkit segera selepas kekalahan memalukan.

“Jika kekalahan ini mempengaru­hi kami, mungkin ia boleh mencetuska­n (kehancuran). Kami sudah tewas, tapi ia benar-benar meninggalk­an perasaan buruk. Kami perlu bangkit,” katanya.

“Saya tidak melihat kepada nasib. Tapi jelas, kami tidak beraksi dengan baik. Satu keputusan yang mengecewak­an dan anda boleh dengar di dalam stadium betapa ia bukan perlawanan yang menghiburk­an pada babak pertama.”

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia