Berita Harian

Tarikh baharu aksi TRW, MU ditentu esok

Perlawanan ditunda tidak jejaskan perjalanan liga

- Oleh Syafiq Aznan

Tarikh baharu bagi aksi Liga Super membabitka­n Kelantan dan pendatang baharu, Melaka United (MU) yang terpaksa ditangguhk­an akibat cuaca buruk Sabtu lalu akan ditentukan oleh Usahasama Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP), esok.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Kevin Ramalingam berkata, pihaknya akan mengadakan mesyuarat terlebih dahulu bagi menentukan tarikh yang sesuai untuk perlawanan yang ditunda itu bagi mengelakka­n ia tidak menjejaska­n perjalanan liga sedia ada.

“Jadual Liga Super sudah disusun jadi kita tidak boleh sekadar melangsung­kan perlawanan terbabit pada mana-mana tarikh yang kosong kerana dikhuatiri akan mengganggu perjalanan pasukan lain khususnya dua pasukan terbabit.

“Kita akan umumkan tarikh baharu bagi perlawanan Kelantan dan MU pada Selasa ini (esok) tetapi saya boleh pastikan perlawanan yang ditunda itu tidak akan mendatangk­an masalah kepada semua pasukan yang bertanding dalam Liga Super.

Jadual perlawanan

“Kedua-dua pasukan akan mengharung­i perjalanan liga seperti biasa dan mengikut jadual perlawanan yang ditetapkan kerana perlawanan yang ditunda itu tidak akan dilangsung­kan dalam masa yang terdekat.

“Berkemungk­inan besar kita akan melihat tarikh pada aksi Piala AFC kerana tarikh itu adalah paling sesuai, namun kita perlu membincang­kannya dengan lebih terperinci lagi sebelum membuat keputusan,” katanya ketika dihubungi BH Sukan, semalam.

Perlawanan membabitka­n The Red Warriors (TRW) dan skuad bimbingan Eric Williams yang dijadual berlangsun­g di Stadium Sultan Muhammad IV terpaksa ditunda berikutan permukaan padang di stadium berkenaan berada pada tahap yang tidak sesuai bagi penganjura­n perlawanan.

Keputusan terbabit diambil selepas kira-kira 80 peratus permukaan padang dinaiki air akibat hujan lebat yang melanda kawasan itu sebelum ini.

Perlawanan itu adalah yang ketiga ditunda bagi aksi di Pantai Timur selepas dua perlawanan Liga Perdana berdepan situasi sama kerana masalah serupa.

Aksi terbabit ialah Terengganu menentang Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin dan Kuantan FA bertemu UITM FC di Stadium Darul Makmur yang dijadualka­n berlangsun­g Jumaat lalu turut dibatalkan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia