Berita Harian

Suzuki, Marko senjata baharu skuad NS

- Oleh Mohd Amin Jalil

Seremban: Gandingan mantap dipamerkan pemain tengah Bruno Suzuki Castan Heira dengan penyerang Simic Marko antara elemen bakal menjadi pencetus kebangkita­n Negeri Sembilan dalam saingan Liga Perdana musim ini.

Gerakan menarik dan berkesan yang mereka cipta di kawasan lawan hingga menghasilk­an jaringan hatrik dalam aksi pembuka tirai menentang Sabah, Jumaat lalu, bakal meletakkan mereka selaku sandaran utama skuad Hobin Jang Hobin.

Ketua jurulatih Negeri Sembilan, Mohd Asri Ninggal mengakui berpuas hati dengan gandingan kedua-dua pemain import terbabit dalam perlawanan itu yang menyaksika­n pasukannya membenam Sabah, 3-0.

Beliau bagaimanap­un tidak mahu pemain berasa cepat selesa dengan kelibat kedua-dua pemain terbabit yang berjaya menterjema­hkan kemenangan, sebaliknya perlu terus fokus dan tingkatkan persembaha­n.

Terus fokus

“Setakat ini saya puas hati dengan persembaha­n keempat-empat pemain import dan gandingan antara Bruno Suzuki dengan Simic Marko, namun masih banyak ruang yang perlu dipertingk­atkan oleh kedua-dua pemain terbabit,” katanya semalam.

Beliau yakin gandingan keduadua pemain import terbabit bakal lebih menyerlah dalam aksi berikutnya kerana mereka memerlukan masa untuk membentuk persefaham­an yang padu.

“Sebagai pemain yang berbeza latar belakang dan negara sudah tentu memerlukan masa untuk menyesuaik­an diri antara satu sama lain.

“Saya yakin persefaham­an antara Bruno Suzuki dengan Simic Marko akan lebih baik selepas ini,” katanya.

Mohd Asri berkata, pihaknya akan melihat perlawanan demi perlawanan dalam memastikan Negeri Sembilan mampu meraih mata maksimum pada setiap perlawanan.

 ??  ?? Aksi Marko (kiri) ketika Negeri Sembilan bertemu Sabah, Jumaat lalu.
Aksi Marko (kiri) ketika Negeri Sembilan bertemu Sabah, Jumaat lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia