Berita Harian

Bukan formasi tapi kerja keras

Komitmen pemain punca kejayaan Selangor

- Oleh Syafiq Aznan

Formasi baharu 3-4-3 yang diterapkan pengendali Selangor, P Maniam bukan senjata baharu yang menyebabka­n The Red Giants menumbangk­an Pulau Pinang 2-0 pada aksi pembukaan Liga Super di Majlis Perbandara­n Selayang, malam kelmarin.

Sebaliknya, pengendali berusia 49 tahun itu menegaskan kemenangan yang dilakar ke atas skuad Harimau Kumbang itu atas komitmen, kerja keras dan keyakinan ditunjukka­n pemain walaupun berdepan pelbagai masalah sebelum bermula kempen musim ini.

“Jika kita lihat, ia bukan semata-mata kerana formasi baharu yang saya gunakan ini. Kejayaan kami kerana kerja keras barisan pemain yang percaya dengan kemampuan mereka untuk menjayakan­nya.

“Barisan pemain saya beraksi dengan baik dan kesungguha­n itu memberi impak.

“Saya juga gembira dengan persembaha­n pemain muda yang mempamerka­n aksi pada tahap yang tinggi," katanya pada sidang media selepas tamat perlawanan, kelmarin.

Penyudah kemas

Pada aksi kelmarin, penyerang muda, Adam Nor Azlin meletakkan The Red Giants di hadapan pada minit ke-34 menerusi rembatan deras menewaskan penjaga gol Pulau Pinang, Syed Adney Syed Hussein sebelum penyerang Liberia, Francis Forkey Doe melebarkan jurang 10 minit berselang dengan satu penyudah kemas untuk kedudukan 2-0.

Mengulas lanjut prestasi pemainnya ketika bertemu anak buah Ashley Westwood itu, bekas pengendali Airasia FC itu menjelaska­n mereka terpaksa menggunaka­n pendekatan untuk bertahan selepas jentera serangan mereka terjejas.

“Kita beraksi dengan cukup baik pada separuh masa kedua kerana adanya Forkey Doe yang mengetuai jentera serangan, namun selepas dia dikeluarka­n, kita tiada 'target man' di bahagian serangan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia