Berita Harian

Mamadou direhatkan kerana cedera

- Oleh Faizul Azlan Razak

Kuala Lumpur: Ketua jurulatih T-team, Rahmad Darmawan mengakui terpaksa mengambil keputusan untuk merehatkan bekas penyerang Olympique de Marseille, Mamadou Samassa ketika pasukannya terikat 1-1 dengan Sarawak di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin, malam kelmarin.

Rahmad berkata, beliau mengambil tindakan itu atas nasihat doktor pasukan selepas pemain itu cedera paha kanan sejak tiga hari lalu dan jika dia diturunkan mungkin kecederaan­nya semakin teruk berikutan padang basah malam kelmarin.

Begitupun, pengendali berusia 51 tahun itu tetap tenang dan berpuas hati sekalipun The Titans terlepas peluang keemasan mengutip mata penuh di laman sendiri.

“Saya tidak menafikan bermain di atas padang basah 'mengganggu' corak permainan The Titans. Pada malam ini (malam kelmarin), pemain tidak boleh bermain dengan corak permainan hantaran pendek yang diterapkan dalam latihan kerana keadaan padang tidak mengizinka­n.

“Bagaimanap­un, saya tetap memuji pemain kerana berusaha untuk memungut tiga mata penuh, tapi beberapa peluang yang terhidang gagal menghasilk­an jaringan,” katanya yang ditemui selepas perlawanan.

Gagal kutip tiga mata

Pada perlawanan itu, T-team terpaksa menunggu pada minit ke-49 untuk menjaringk­an gol menerusi Mohd Nor Hakim Hassan yang menyambut hantaran Farhod Tadjiev.

Begitupun, Sarawak menafikan hajat tuan rumah mendapat tiga mata apabila menyamakan kedudukan menerusi penyerang importnya, Mateo Roskam minit ke-80.

Sementara itu, pengendali Sarawak, David Usop, berkata satu mata yang diperoleh pasukannya sudah memadai buat dan permulaan yang cukup baik.

Katanya, dia akui bukan tugas muda buat pemainnya beraksi di gelanggang lawan dan memuji anak buahnya berjaya menyerap tekanan tuan rumah sepanjang 90 minit permainan.

 ??  ?? Mamadou Samassa
Mamadou Samassa

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia