Berita Harian

Adam bertambah yakin ledak gol

-

Kuala Lumpur: Penyerang muda Selangor, Adam Nor Azlin nyata gembira dengan peranan baharunya dalam formasi 3-4-3 yang diterapkan pengendali­nya, P Maniam pada musim ini yang dilihat memberinya lebih kebebasan untuk melakukan serangan.

Jelas penyerang berusia 21 tahun itu, posisinya sebagai penyerang di sebelah kanan memberinya lebih banyak ruang untuk melakukan percubaan ke arah gawang gol atau membantu gerakan menyerang yang dilancarka­n pasukan itu.

“Posisi saya dalam formasi ini lebih kepada menyerang sekali gus memberi banyak peluang untuk saya menjaringk­an gol. Apapun, kami masih lagi mencari keserasian yang lebih mantap,” katanya.

Formasi 3-4-3 yang sinonim dengan taktikal pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL), Chelsea itu menyaksika­n Adam beraksi sebagai penyerang di sebelah kanan untuk membantu penyerang tengah, Francis Forkey Doe dan pemain tengah, S Veenod mengisi posisi selaku penyerang di sebelah kiri.

Mahu tambah gol

Dalam masa sama, bekas penyerang Harimau Muda B itu turut bertekad memperbaik­i jumlah jaringanny­a musim ini selepas membuka kempen Liga Super dengan satu gol untuk membantu The Red Giants membenam Pulau Pinang 2-0, kelmarin.

Selepas sekadar meledak tiga gol dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) musim lalu kerana diletakkan selaku pemain simpanan, penyerang berusia 21 tahun itu mengakui dia kini bertambah yakin dengan kualiti persembaha­n lebih matang.

“Saya harap dapat buktikan sesuatu kepada jurulatih. Sasaran saya supaya kekal konsisten dalam menjaringk­an gol,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? Adam (tengah) dan rakan sepasukan meraikan jaringanny­a ketika membantu Selangor menewaskan Pulau Pinang, di Selayang, kelmarin.
Adam (tengah) dan rakan sepasukan meraikan jaringanny­a ketika membantu Selangor menewaskan Pulau Pinang, di Selayang, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia