Berita Harian

TMJ turut masuk senarai

Aseh pilihan popular diikuti Tunku Ismail, Annuar dicalon Presiden FAM

- Oleh Syafiq Aznan dan Nazri Abu Bakar

Tiga calon dijangka bertanding untuk merebut 'kerusi panas' bagi jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada Kongres FAM yang dijadual berlangsun­g pada 25 Mac ini.

EXCO FAM merangkap Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka United (MUSA), Datuk Mohd Yusoff Mahadi mengesahka­n bekas Ketua Setiausaha Kementeria­n Dalam Negeri, Tan Sri Aseh Che Mat kekal menjadi calon popular untuk bertanding bagi jawatan terbabit menjelang tempoh penamaan calon ditutup, hari ini.

“Sebanyak 12 ahli gabungan FAM dilaporkan mencalonka­n Aseh bagi merebut jawatan itu kerana percaya dengan kemampuann­ya, selain namanya dicadangka­n sendiri oleh Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Turut tawarkan diri

“Dua lagi calon adalah Tunku Ismail sendiri yang dikatakan mendapat lima pencalonan daripada ahli gabungan sementara satu ahli gabungan mencalonka­n bekas Timbalan Presiden FAM, Tan Sri Annuar Musa,” katanya ketika dihubungi BH Sukan, semalam.

Dua lagi ahli gabungan iaitu Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) dan Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) sehingga semalam masih belum lagi mengumumka­n calon masing-masing dengan nama mereka hanya akan diketahui selepas tempoh pencalonan tamat hari ini.

Dalam masa sama, Yusoff tidak menolak kemungkina­n akan berlakunya pertambaha­n dari segi sokongan terhadap pencalonan bagi tiga nama terbabit.

“Mungkin ada antara tiga calon ini turut mendapat sokongan daripada ahli gabungan yang masih 'berahsia' namun segala-galanya akan diketahui esok (hari ini),” katanya.

Selain itu, Yusoff juga turut berminat untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden FAM pada kongres itu nanti.

“Esok (hari ini) baharu saya akan putuskan sama ada mahu menawarkan diri untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden FAM atau tidak. Semuanya bergantung kepada keadaan,” katanya.

Senarai akhir calon akan dibentangk­an kepada EXCO FAM pada 20 Februari bagi menentukan calon yang layak bertanding pada kongres bagi memilih barisan kepemimpin­an FAM untuk penggal 2017-2021.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia