Berita Harian

Dollah puas hati, Weigang belum

-

Kuantan: Pengendali Pahang, Dollah Salleh lega selepas skuad bimbingann­ya seri 1-1 dengan Perak, malam kelmarin kerana sebelum bertanding ke Ipoh, beberapa pemain utamanya seperti Saiful Nizam Miswan, Christie Jayaseelan dan R Kogileswar­an mengalami kecederaan.

Pada masa sama, penyerang import dari Nigeria, Julious Oiboh tidak sempat bersama skuad itu kerana menghadapi masalah peribadi dan sudah pulang ke negaranya.

Dollah berkata, beliau berpuas hati dengan komitmen pemainnya selepas seri 1-1 dengan Perak malam kelmarin, walaupun terpaksa melakukan perubahan pemain pada saat-saat akhir. Namun, bekas jurulatih kebangsaan itu berkata, berbekalka­n semangat dan komitmen tinggi yang dipamerkan pemain, skuad Tok Gajah berjaya untuk meraih satu mata di tempat lawan.

Perlukan masa

Katanya, keputusan itu positif buat Pahang memandangk­an ia adalah perlawanan pertama dalam saingan Liga Super dan sudah pasti untuk membentuk persefaham­an mantap memerlukan tempoh.

“Saya gembira dengan komitmen semua pemain yang berusaha untuk memberi saingan kepada lawan dan kesungguha­n mereka berjaya untuk memastikan pasukan tidak pulang hampa berbekalka­n satu mata di tempat lawan,” katanya.

Sementara itu, pengendali Perak, Karl Heinz Weigang menegaskan masih ada kekurangan kepada skuad kendaliann­ya.

Pada perlawanan itu tuan rumah bermain bersungguh­sungguh tetapi nyata tidak cukup bagus untuk mengatasi anak buah Dollah.

Bagi pengendali Jerman itu anak buahnya belum dapat bertindak sebagai satu unit yang padu kerana masih dalam proses menyesuaik­an diri.

“Pasukan ini terdiri daripada 14 pemain musim lalu serta 15 muka baharu. Mereka sedang menyesuaik­an diri antara satu sama lain manakala Faton Toski baharu datang dari negara sejuk dan perbezaan masa tujuh jam.

“Semua ini memerlukan masa. Saya berharap penyokong faham dan bersabar,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia