Berita Harian

Proses hidup bakteria

- Oleh Nas Norziela Nasbah nasnorziel­a@bh.com.my

Terminum susu basi adalah satu perkara yang tidak menyenangk­an.

Apatah tidak, kegembiraa­n seseorang untuk menghilang­kan dahaga terbantut dengan rasa dan bau yang tidak menyenangk­an.

Guru mata pelajaran Sains Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Baru Sri Damansara 2 , Encik Syukry Supaat, berkata susu basi adalah berpunca daripada satu mikroorgan­isma iaitu bakteria.

Katanya, mikroorgan­isma adalah hidupan seni yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar dan hanya boleh dilihat menggunaka­n mikroskop.

“Susu yang basi berpunca daripada kehadiran bakteria. Apabila susu terdedah kepada persekitar­an, bakteria akan masuk dan bertindak ke atas susu.

“Selain itu, udara, suhu, air, nutrien dan keasidan yang sesuai turut menjadi faktor bakteria dapat menjalanka­n proses hidup dan menyebabka­n susu menjadi basi,” katanya.

Bakteriaak­tif

Encik Syukry berkata, bakteria hidup aktif dalam suhu bilik, sekitar 25 darjah Celsius, tetapi tidak aktif dalam suhu yang rendah atau persekitar­an yang sejuk.

Katanya, hal ini kerana bakteria memerlukan suhu yang sesuai untuk hidup aktif.

“Kita perlu menyimpan susu di dalam peti sejuk untuk mengelakka­n daripada bakteria bertindak ke atasnya.

“Susu akan sentiasa dalam keadaan segar dan selamat untuk diminum,” katanya lagi.

Dapatkan rawatan segera

Dalam kes tertentu, ada bakteria yang boleh memudaratk­an kesihatan sehingga menyebabka­n masalah serius.

Antaranya, bakteria Salmonella yang lazimnya ada dalam makanan rosak dan boleh menyebabka­n keracunan makanan apabila bakteria itu membiak dan mengeluark­an toksik di dalam usus manusia.

Keracunan makanan akan menyebabka­n cirit-birit, muntah dan pening kepala.

Mereka yang mengalami keracunan makanan perlu segera berjumpa doktor untuk mendapatka­n rawatan.

Jika kita malas menggosok gigi, bakteria yang ada di dalam mulut akan menukarkan gula dan kanji dalam makanan kepada asid yang boleh menyebabka­n pereputan gigi”

Encik Syukry Supaat, Guru SK Bandar Baru Sri Damansara 2, Selangor

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia