Berita Harian

Syampu untuk kanak-kanak aktif

Rangkaian penjagaan rambut baharu turut meneruskan warisan kebanggaan J&J dengan formula ‘No More Tears’

- Oleh Nas Norziela Nasbah

bhdidik@bh.com.my

Johnson & Johnson (J&J) melancarka­n rangkaian penjagaan rambut baharu Active Kids Shiny Drops untuk kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun dan ke atas.

Pengurus Pemasaran, Johnson’s

Baby, Puan Julia Teo, berkata rangkaian baharu itu boleh didapati dalam bentuk syampu dan perapi yang dirumus khas untuk memelihara rambut si manja agar kekal sihat serta bersinar.

“Kanak-kanak hari ini berpeluang untuk menjalani gaya hidup dinamik dan interaktif menerusi kegiatan sekolah serta hujung minggu mereka.

“Kami memahami keperluan mereka adalah berbeza. Oleh itu, pihak J&J mengambil inisiatif memperkena­lkan rangkaian penjagaan rambut baharu ini untuk kanak-kanak agar keperluan mereka dapat dipenuhi,” katanya.

Tidak pedih mata

Rangkaian penjagaan rambut baharu itu turut meneruskan warisan kebanggaan J&J dengan formula

‘No More Tears’ dan ibu bapa tidak perlu lagi bimbang penggunaan syampu yang memedihkan mata kanak-kanak.

J&J juga adalah antara jenama pertama yang menggunaka­n minyak argan dan protein sutera di dalam rangkaian penjagaan rambut yang dirumus khas untuk kanak-kanak.

Puan Julia berkata, antara manfaat utama rangkaian Johnson’s Active Kids Shiny Drops adalah diuji oleh pakar kulit (ahli dermatolog­i). Katanya, syampu itu juga tidak menyebabka­n alahan (hypoallerg­enik) dan tidak mengandung­i paraben atau sabun.

Bersinar

Selain itu, beliau berkata, syampu itu juga merangsang kilauan semula jadi rambut dan menjadikan­nya lembut serta licin dengan mengurangk­an keriting. “Syampu Johnson’s Active Kids Shiny Drops baharu boleh didapati dalam saiz 200 mililiter (ml) dan 500 ml pada harga RM10.90 dan RM19.20, manakala perapinya pula dijual pada harga RM10.90 untuk saiz 200 ml. “Kedua-dua produk ini boleh didapati di pasar raya dan farmasi utama,” katanya lagi.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia