Berita Harian

Mapim rayu sumbangan makanan, ubat

Misi perlukan 1,000 tan bantu 70,000 etnik Rohingya di Teknaf

- Oleh Khairul Azran Hussin

Misi ‘Food Flotilla For Myanmar’ yang dijadual berlepas pada 3 Februari ini, hanya mengumpul kira-kira 500 tan makanan dan ubat-ubatan sehingga semalam, jauh daripada sasaran sebanyak 1,000 tan.

Justeru, Presiden Majlis Perundinga­n Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd Azmi Abd Hamid, merayu lebih banyak pihak tampil menghulurk­an sumbangan bagi membantu lebih 70,000 etnik Rohingya yang berlindung di Teknaf, Bangladesh.

“Kami perlukan banyak bantuan kerana bilangan mereka di Teknaf sangat ramai. Malah, bilangan ini belum termasuk kira-kira 90,000 etnik Rohingya yang masih terperangk­ap serta sedang berusaha untuk keluar dari wilayah utara Rakhine.

“Kami dimaklumka­n, mereka kekurangan makanan dan ramai yang memerlukan ubat serta rawatan segera. Kalau hanya bawa 500 tan bekalan, ia mampu tampung keperluan untuk 30,000 orang sahaja. Jadi, matlamat misi tidak akan berjaya seperti diharapkan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri ‘Dialog Flotilla ke Myanmar’ di sini, semalam. Yang hadir sama, Pengerusi Sekretaria­t Himpunan Ulama Rantau Asia (SHURA), Abdul Ghani Shamsudin.

Bekalan makanan dan ubat-ubatan akan dihantar melalui kapal Nautical Aliya dari Pelabuhan Klang yang dianjurkan Kelab Putera 1Malaysia, Mapim dan Turkiye Diyanet Vakfi.

Perhatian dunia

Mohd Azmi berkata, usaha Malaysia membantu etnik Rohingya mula mendapat perhatian dunia apabila pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dari United Kingdom, Amerika Syarikat, Jerman, Belanda, Perancis, Arab Saudi, Palestin, Singapura, Indonesia, Thailand, Bangladesh, Pakistan dan beberapa negara lain menyatakan sokongan terhadap usaha itu.

“Beratus NGO menghubung­i kami dan bersedia bersama kami. Mereka (NGO) juga mahu Malaysia mengetuai misi kemanusiaa­n ini. Dengan sokongan NGO dari seluruh dunia, kita yakin usaha membantu etnik Rohingya ini akan dilakukan secara berterusan,” katanya.

Sementara itu, Kesatuan Guruguru Melayu Malaysia Barat (KGGMMB) menyalurka­n sumbangan sebanyak RM20,000 kepada Tabung Kemanusiaa­n Rohingya Media Prima, dalam usaha membantu kesengsara­an etnik itu yang menjadi mangsa keganasan di Myanmar.

Sumbangan disampaika­n Presidenny­a, Datuk Mohamed Sabri Mohd Arsad, pada perasmian Seminar Pendidikan dan Pengurusan Kesatuan Peringkat Kebangsaan 2017, baru-baru ini.

 ?? [FOTO ROSLIN MAT TAHIR/BH] ?? Mohd Azmi (kiri) pada Majlis Dialog Flotilla ke Myanmar ' di Kuala Lumpur, semalam.
[FOTO ROSLIN MAT TAHIR/BH] Mohd Azmi (kiri) pada Majlis Dialog Flotilla ke Myanmar ' di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia