Berita Harian

Kerjasama IPT, masyarakat bantu percepat pembanguna­n luar bandar

Pendekatan serampang dua mata beri kesan positif, tingkat semangat kesukarela­wanan warga kampus

- Oleh Tuty Haryanti Ahmad Rodzi

Kerjasama strategik di antara institusi akademik dan masyarakat luar bandar mampu menjadi pendekatan serampang dua mata yang dapat mempercepa­tkan proses pembanguna­n luar bandar.

Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, berkata kerjasama seperti program turun padang institusi pengajian tinggi (IPT) di luar bandar akan mewujudkan hubungan lebih erat antara kedua-dua pihak.

Pembanguna­n luar bandar

Katanya, kesan positif kerjasama itu termasuk menyemarak­kan budaya kesukarela­wanan dalam kalangan warga kampus, selain membolehka­n pemindahan teknologi yang berguna untuk penduduk luar bandar dipercepat­kan.

“Pembanguna­n luar bandar adalah agenda yang sama penting untuk diperkasak­an seperti pembanguna­n di bandar.

“Kita harus berbangga kerana kerajaan mempunyai wawasan untuk melakukan transforma­si supaya kawasan luar bandar mempunyai infrastruk­tur dan kemudahan awam berkualiti,” katanya pada majlis penutup Program Libatsama Komuniti Universiti Teknologi Malaysia (UTM)@NICE'17 di Dewan D'sury di sini, semalam.

Pelbagai pengisian program

Yang turut hadir, Pengerusi Jawatankua­sa Kesejahter­aan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Jalaluddin Alias dan Yang Dipertua Persatuan Kebajikan Isteri-isteri Wakil Rakyat dan Pegawai-pegawai Kanan Negeri Sembilan (PEKERTI), Datin Seri Raja Salbiah Tengku Nujumudin.

Seramai 1,032 pelajar universiti awam dan swasta serta sekolah menengah menyertai program lima hari anjuran UTM yang bermula Rabu lalu.

Pengisian program itu termasuk pelajar tinggal bersama keluarga angkat, sukaneka bersama masyarakat, klinik sukan ragbi, kem pendidikan, malam warisan budaya dan sukan rakyat bersama pemimpin.

 ?? [FOTO HASRIYASYA­H SABUDIN/BH] ?? Rosmah bersama pelajar Universiti Teknologi Malaysia selepas majlis penutup Program Libatsama Komuniti Universiti Teknologi Malaysia (UTM)@NICE'17 di Dewan D’sury, di Kuala Klawang, semalam.
[FOTO HASRIYASYA­H SABUDIN/BH] Rosmah bersama pelajar Universiti Teknologi Malaysia selepas majlis penutup Program Libatsama Komuniti Universiti Teknologi Malaysia (UTM)@NICE'17 di Dewan D’sury, di Kuala Klawang, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia