Berita Harian

Mahdzir sertai Forum Pendidikan Dunia 2017 di London

-

Datuk Seri Mahdzir Khalid, akan menghadiri perhimpuna­n terbesar menteri portfolio berkenaan dari seluruh dunia, Forum Pendidikan Dunia (EWF) 2017, selama tiga hari di sini, bermula hari ini.

Forum itu memberi peluang besar kepada menteri pendidikan membincang­kan cabaran perlu dihadapi dan peluang bagi meningkatk­an kualiti pendidikan serta pengajaran untuk mendapatka­n hasil cemerlang dalam pertumbuha­n ekonomi dan pergerakan sosial.

Bincang pelbagai topik

Antara topik akan dibentangk­an adalah penghasila­n dasar untuk pembanguna­n pengajaran dan bakat; penilaian, pendidikan dalam kecemasan; seni lukis dan seni reka serta sains, teknologi, kejurutera­an dan matematik (STEM).

Pada acara itu, Mahdzir akan menyampaik­an ucaptama bertajuk, ‘Pembanguna­n Awal Kanakkanak’ dan ‘Cita-cita Pendidikan Malaysia’ di Pameran British Educationa­l Training and Technology Show 2017, pameran yang diadakan sempena EWF 2017 dengan menampilka­n penggunaan teknologi maklumat dalam pendidikan.

Bertemu Graham

Delegasi Malaysia juga dijadual bertemu Wakil Perdaganga­n Perdana Menteri Britain ke Malaysia, Richard Graham dan melakukan kunjungan hormat ke atas Setiausaha Rendah Parlimen bagi Wanita, Kesamarata­an dan Pendidikan Awal United Kingdom (UK), Caroline Dinenage.

Mahdzir akan turut berdialog dengan pelajar serta komuniti Malaysia di sini serta melawat pusat penjagaan dan pendidikan kanakkanak, Busy Bees yang mempunyai 267 cawangan di seluruh dunia dan Iqra Primary School, pusat pendidikan rendah untuk komuniti Muslim di London.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia