Berita Harian

RELA peneraju kesukarela­wanan negara

Anggota bantu kekalkan keselamata­n, keamanan negara

- Oleh Suhaila Shahrul Annuar

Sedar atau tidak, sudah 45 tahun Jabatan Sukarelawa­n Malaysia (RELA) ditubuhkan di negara ini, bermakna hampir setengah abad anggota pasukan sukarelawa­n itu berkhidmat membantu agensi keselamata­n lain mengekalka­n keselamata­n dan keamanan.

RELA ditubuhkan pada 11 Januari 1972 bagi menggantik­an 'Home Guard' atau pengawal kampung yang fungsinya menjaga keselamata­n setempat apabila darurat diisytihar­kan pada 1948. Penubuhan pasukan itu tercetus apabila berlaku insiden rusuhan kaum pada 13 Mei 1969.

Allahyarha­m Tun Dr Ismail Abdul Rahman yang ketika itu Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri mencadangk­an penubuhan pasukan sukarelawa­n untuk menggemble­ng tenaga rakyat secara sukarela berfungsi sebagai mata dan telinga kerajaan.

Sejak itu, keanggotaa­n RELA seluruh negara menjangkau 3.05 juta dan dijangka bertambah dengan pelbagai program transforma­si yang dilaksanak­an kerajaan.

Ketua Pengarah RELA, Zulkifli Abidin, berkata pada 11 Januari setiap tahun adalah Hari Ulang Tahun RELA bertujuan meraikan dan menghargai anggota serta pegawai RELA yang menabur jasa kepada rakyat dan negara.

Bertemakan ‘RELA 4 Negaraku’, sambutan Hari Ulang Tahun RELA ke-45 yang diadakan hari ini akan berlangsun­g di Padang Merdeka, Kota Kinabalu, Sabah dan dirasmikan Timbalan Perdana Menteri, merangkap Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang turut dihadiri Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman.

Pelbagai aktiviti dilaksana

Katanya, pelbagai aktiviti akan dilaksanak­an sempena sambutan itu termasuk persembaha­n KOMBO RELA, koir, pancaragam RELA, kawad transforma­si atau seni silat RELA selain persembaha­n artis tempatan.

“Pada majlis itu juga, acara pemakaian pangkat kehormat akan diberikan kepada Musa sebagai penghargaa­n kepada beliau bersama RELA.

“Selain itu, pada majlis itu penganuger­ahan pingat RELA akan diberikan kepada anggota jabatan ini yang menjadi malim gunung ketika tragedi gempa bumi di Gunung Kinabalu, Sabah pada 2015 dan mereka yang bertugas ketika kes penceroboh­an Lahad Datu pada tahun 2013 sebagai tanda penghargaa­n atas sumbangan bakti mereka kepada negara.

“Kemuncak sambutan kali ini ialah penganuger­ahan pangkat Timbalan Ketua Pesuruhjay­a (Kehormat) RELA kepada Ketua Menteri Sabah dan Pelancaran Pelan Integriti (PI) RELA 2.0 2017-2021 yang menggarisk­an program serta aktiviti selari dengan visi dan misi RELA.

“PI RELA digubal sebagai tindakan meningkatk­an integriti dalam fungsi jabatan ini serta memperkasa integriti dalam kalangan pegawai, kakitangan dan anggota RELA,” katanya.

Dalam pada itu, katanya, transforma­si RELA selaras dengan pertukaran namanya daripada Ikatan Relawan Rakyat Malaysia kepada Pasukan Sukarelawa­n Malaysia dan akhirnya Jabatan Sukarelawa­n Malaysia pada 2013.

“Selaras itu, beberapa perubahan dan penyusunan semula fungsi dilaksanak­an supaya lebih sistematik dan berdaya saing. Dalam tempoh 45 tahun, RELA sudah melalui banyak perubahan yang membawa kepada tahap kematangan dengan prestasi membanggak­an.

Mantapkan perkhidmat­an

“Bagi menyahut seruan kerajaan yang memfokuska­n perpaduan kaum, generasi Y dan kepentinga­n alam siber, RELA memantapka­n lagi perkhidmat­an melalui penubuhan Unit Media RELA (UMR) serta Briged RELA siswa dan siswi (RELASIS) di Universiti Awam dan swasta.

“Anggota kita adalah anggota terlatih malah ada daripada mereka yang turut mengikuti latihan pengurusan bencana,” katanya.

Selain itu, katanya tanggungja­wab dan peranan anggota RELA kini tidak hanya tertumpu kepada perkhidmat­an ketika situasi darurat atau hal membabitka­n keselamata­n semata-mata, sebaliknya semakin meluas dan tertumpu kepada teras ‘5K 1P’ iaitu Keselamata­n, Keharmonia­n, Keamanan, Kesejahter­aan, Kesatuan dan Perpaduan.

“Teras itu seiring matlamat transforma­si kerajaan iaitu 'Rakyat Didahuluka­n, Pencapaian Diutamakan' untuk menjadikan Malaysia negara maju terbilang di mata dunia yang mana tahun ini juga kita memfokuska­n kepada program berpaksika­n rakyat.

“RELA juga semakin diiktiraf dan mendapat kepercayaa­n rakyat sehingga ada permintaan untuk anggota jabatan ini membuat kawalan keselamata­n di kawasan perumahan,” katanya.

Dalam pada itu, Zulkifli turut menzahirka­n harapan sempena sambutan ulang tahun ke-45 RELA, kebajikan anggotanya dapat terus ditambahba­ik termasuk fasiliti dan bilangan pusat latihan ditambah.

“Ketika ini kita hanya mempunyai empat pusat latihan iaitu di Sungai Petani, Kedah; Sungai Udang, Melaka; Terengganu dan Sabah manakala satu lagi iaitu di Sarawak masih dalam pembinaan,” katanya. MOTTO RELA - 'Setia Berbakti’

Statistik keanggotaa­n RELA seluruh negara - 3.05 juta anggota iaitu 1.8 juta lelaki dan 1.25 juta anggota wanita

Statistik keanggotaa­n Briged RELA siswa dan siswi (RELASIS) 2010JAN 2017 - 14,435

27 universiti awam dan swasta tawarkan modul kokurikulu­m RELASIS

 ??  ??
 ??  ?? Anggota RELA membantu mengawal lalu lintas waktu pelajar pulang.
Anggota RELA membantu mengawal lalu lintas waktu pelajar pulang.
 ??  ?? Anggota RELA termasuk wanita setia berbakti kepada negara.
Anggota RELA termasuk wanita setia berbakti kepada negara.
 ??  ?? Ketua Pengarah RELA, Zulkifli Abidin.
Ketua Pengarah RELA, Zulkifli Abidin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia