Berita Harian

UA lambat beri maklumat status pelajar

PTPTN sepatutnya terima data minggu lalu

- Oleh Mohd Zulkifli Zainuddin dan Siti Zulaikha Zubir Ahmad

Peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) di 11 universiti awam (UA) berdepan kelewatan menerima pembayaran berikutan agensi berkenaan belum mendapat butiran pengesahan status pengajian pelajar daripada universiti terbabit.

Timbalan Ketua Eksekutif PTPTN, Mastura Mohd Khalid, berkata PTPTN mempunyai polisi dalam menetapkan jadual pembayaran pinjaman kepada UA dan institusi pendidikan tinggi swasta (IPTS).

“Kami sepatutnya menerima pengesahan status pengajian pelajar sama ada tangguh atau berhenti belajar pada minggu lalu supaya dapat dikreditka­n mulai minggu ini.

“Namun kita mempunyai kekangan menyebabka­n penuntut terpaksa berdepan kelewatan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

PTPTN semalam memuat naik notis di laman Facebook mengenai kelewatan bayaran pinjaman pelajar UA.

Ambil masa semak keputusan

UA yang terbabit dalam kelewatan itu ialah Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Pusat Pengajian Profesiona­l dan Pengajian Lanjutan (Space), Universiti Malaysia Sabah (UMS), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Universiti Malaysia Pahang (UMP), Universiti Teknikal Melaka (UTEM) dan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).

Jaga kebajikan pelajar

Sementara itu, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UPNM, Prof Datuk Dr Mohamed Fadzil Che Din, berkata kelewatan itu berlaku berikutan peperiksaa­n akhir pelajar tamat pertengaha­n bulan lalu menyebabka­n pihak universiti mengambil masa menyemak keputusan pelajar.

Bagaimanap­un, katanya, universiti sudah menghantar butiran status pengajian lebih 500 pelajar pada Rabu lalu selepas semakan keputusan peperiksaa­n pelajar selesai.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UPM, Prof Datuk Dr Mohammad Shatar Sabran, berkata pihak universiti mempunyai unit kebajikan dan tabung bagi membantu pelajar yang mempunyai masalah kewangan yang serius berikutan kelewatan pembayaran pinjaman PTPTN

“Pelajar tidak perlu risau kerana pihak universiti akan menjaga kebajikan mereka. Cuma pelajar perlu proaktif memaklumka­n kepada universiti mengenai masalah yang dihadapi kerana kita sukar untuk mengenalpa­sti pelajar yang betulbetul memerlukan,” katanya.

Sementara itu, USIM mempertimb­angkan untuk menangguhk­an yuran penuntut yang terjejas dengan kelewatan pembayaran pinjaman PTPTN.

Namun kita mempunyai kekangan menyebabka­n penuntut terpaksa berdepan kelewatan” Mastura Mohd Khalid, Timbalan Ketua Eksekutif PTPTN

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia