Berita Harian

TMJ akui peluang sukar

Tunku Ismail beri bayangan Khairy boleh menang Presiden FAM

-

Tak sampai beberapa jam selepas mengeluark­an ‘episod pertama’ yang seakan menyatakan kesediaan mengetuai Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim membuat kenyataan berbeza dengan memberi bayangan peluangnya agak ‘sukar’ untuk memenangi jawatan presiden badan induk itu pada Kongres Pemilihan FAM Ke-53, 25 Mac ini.

Dalam ‘episod kedua’ temubual pada laman sosial JOHOR Southern Tigers, awal pagi semalam, Tunku Mahkota Johor (TMJ) itu berkata betapa Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar bakal memenangi jawatan Presiden FAM, berbanding dirinya.

“Khairy Jamaluddin atau proksi menteri,” kata Tunku Ismail bagi menjawab soalan siapakah yang dirasakann­ya akan memenangi pemilihan FAM itu nanti.

“Saya mana ada peluang nak lawan orang politik. Saya datang dari negeri kecil dan jaga kelab kecil.”

Bagi menjawab persoalan sama ada beliau akan menerima pencalonan itu, Tunku Ismail berkata: “Buat masa ini tidak terfikir apa-apa lagi kerana saya sedang sibuk bekerja keras untuk beli sebuah kelab bola sepak luar negara, kemungkina­n di Eropah kalau ada rezeki dan sibuk menjalanka­n tugas di Johor.

Borang pengesahan pencalonan

“Saya ini orang angkuh, mana layak. Yang layak hanya orang politik, menteri yang jujur, bijak tentang bola sepak dan berintegri­ti,” katanya dalam temubual itu.

Dalam temubual pertama, TMJ memberi bayangan betapa beliau tampak sudah bersedia mengemudi FAM.

Ketika ditanya mengenai perbezaan antara beliau dan individu lain yang bertanding jawatan Presiden FAM, TMJ berkata; “Mereka adalah orang yang baik. Saya seorang yang angkuh, tetapi perbezaan di antara kami adalah mereka memerlukan wang, kedudukan dan kemudian membunuh impian anda.

“Saya pula mempunyai sum- ber untuk memenuhi impian anda.”

Setakat ini, hanya bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa sudah menghantar borang pengesahan pencalonan untuk bertanding jawatan Presiden FAM manakala Tunku Ismail dan dua lagi calon, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan bekas Ketua Setiausaha Kementeria­n Dalam Negeri Tan Sri Aseh Che Mat belum berbuat demikian.

Semua calon terbabit perlu membuat pengesahan menerima pencalonan sebelum 13 Februari ini dengan senarai akhir bertanding akan diumumkan pada mesyuarat EXCO FAM, 20 Februari ini.

 ??  ?? Keratan akhbar BH, semalam.
Keratan akhbar BH, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia