Berita Harian

Krisis dalaman DAP akibat jalin kerjasama dengan PPBM

Hubungan umpama ‘muta’ah’, tiada manfaat kepada rakyat: Ahmad Zahid

- Oleh Mohd Roji Kawi

Krisis dalaman yang melanda DAP adalah disebabkan penentanga­n terhadap kepemimpin­an parti itu yang bekerjasam­a dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata peletakan jawatan empat wakil rakyat DAP Melaka, semalam, sudah dijangka kerana tidak sehaluan dengan pendirian kepemimpin­an parti mereka.

“DAP tidak lagi mampu menyembuny­ikan krisis dalaman yang sedang melandanya. Ramai ahli parti itu tidak sehaluan dengan pucuk pimpinan mereka dalam isu kerjasama dengan pemimpin PPBM yang sebelum ini lantang menyerang DAP,” katanya.

Tanpa menyebut nama pemimpin dimaksudka­n, Ahmad Zahid jelas merujuk kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang kini Pengerusi PPBM sebagai punca kemelut itu.

Empat pemimpin DAP Melaka keluar parti

Beliau yang juga Naib Presiden UMNO dan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pusat berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Mesra Bersama Jabatan Sukarela Malaysia (RELA), di sini, semalam.

Ahmad Zahid mengulas tindakan empat pemimpin DAP, iaitu Ahli Parlimen Kota Melaka, Sim Tong Him; Ahli Dewan Undangan Timbalan Perdana Menteri Negeri (ADUN) Bachang, Lim Jak Wong; ADUN Kesidang, Chin Choon Seong dan ADUN Duyong, Goh Leong San, mengumumka­n keluar parti itu.

Beliau juga menyifatka­n hubungan DAP dan PPBM sebagai satu bentuk ‘muta’ah’ atau perkahwina­n sementara dalam politik yang tidak memberi apa-apa manfaat kepada negara dan rakyat.

Justeru, beliau menggesa rakyat pada peringkat akar umbi, khususnya penyokong DAP menimbang semula sokongan mereka kepada parti itu.

“Mereka yang menyokong gerakan dipimpin orang yang melaungkan bahawa mereka boleh membawa perubahan selepas meninggalk­an BN juga perlu mempertimb­angkan semula pendirian mereka,” katanya.

 ??  ?? Keratan akhbar BH 27 Januari lalu.
Keratan akhbar BH 27 Januari lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia