Berita Harian

Ibu terkedu dimaklum anak maut melalui Facebook

Pencuci pesawat di KLIA tunggang motosikal kena rempuh lori

- Oleh Tuty Haryanti Ahmad Rodzi

Seorang wanita terkejut apabila menerima ucapan takziah menerusi laman sosial mengenai kematian anaknya yang terbabit dalam kemalangan jalan raya, semalam.

Normadiah Ahmad, 56, menerima ucapan takziah mengenai kematian Muhammad Syahidan Zainudin, 27, daripada rakan Facebook kira-kira jam 9 pagi.

Apabila membaca ucapan sedemikian, ibu tunggal itu menjadi ketakutan dan kebingunga­n. Bagaimanap­un, dia kembali tenang selepas beristighf­ar.

“Saya diberi kekuatan untuk bertanya kepada rakan anak mengenai kesahihan berita itu, dan amat terkejut apabila mengetahui anak saya meninggal dunia akibat kemalangan ketika pulang dari kerja,” katanya ketika ditemui di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ), di sini, semalam.

Kena seret 30 meter

Muhammad Syahidan, anak sulung daripada empat beradik, yang bekerja sebagai pencuci pesawat di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA), meninggal dunia di tempat kejadian apabila motosikal ditunggang­nya dirempuh lori, jam 8.20 pagi.

Mangsa diseret kenderaan itu kira-kira 30 meter yang menyebabka­n kedua-dua kakinya hancur dan meninggal dunia di lokasi, manakala pemandu lori, R Pathmanath­an, 32, cedera ringan.

Kemalangan itu turut membabitka­n sebuah motosikal lain yang menyebabka­n penunggang dan pembonceng­nya, iaitu Muhammad Najmi Borhan, 22, dan Muhammad Ibu mangsa Nor Nabil Razali, 21, cedera.

Motosikal dirempuh lori

Normadiah berkata, anaknya itu baru dua bulan bekerja di KLIA selepas berhenti kerja sebagai mekanik di Bandar Salak Tinggi, Selangor.

“Kali terakhir kami berjumpa pada Khamis lalu ketika dia pulang ke rumah di Lenggeng. Walaupun sedih, kami sekeluarga reda dengan kematianny­a,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Nilai, Superinten­dan Zaldino Zaludin, berkata siasatan awal mendapati lori tangki dari arah Seremban ke Nilai terbabas dan memasuki laluan bertentang­an sebelum merempuh dua motosikal, termasuk motosikal ditunggang Allahyarha­m Muhammad Syahidan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987.

 ?? [FOTO IHSAN BOMBA DAN PENYELAMAT] ?? Keadaan kemalangan yang mengorbank­an Muhammad Syahidan di Jalan Gadong-lbj, Negeri Sembilan, semalam.
[FOTO IHSAN BOMBA DAN PENYELAMAT] Keadaan kemalangan yang mengorbank­an Muhammad Syahidan di Jalan Gadong-lbj, Negeri Sembilan, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia