Berita Harian

Pertimbang kajian penggubala­n undang-undang angkasa lepas

-

Majlis Sains Negara (NSC) pada 7 Februari lalu bersetuju untuk mewujudkan Dasar Angkasa Negara 2030 demi memacu pembanguna­n sektor angkasa lepas negara.

Ia satu perkembang­an yang sangat menarik dalam usaha memastikan sektor angkasa dapat dimanfaatk­an dengan sebijaknya dalam meningkatk­an pertumbuha­n ekonomi negara.

Namun, dalam keghairaha­n mengejar teknologi sains angkasa lepas, negara diingatkan bahawa ia perlu seiring dalam usaha mengawal selia sebarang aktiviti yang membabitka­n teknologi angkasa lepas.

Pengawalan ini hanya akan berkesan dengan penggubala­n undang-undang angkasa lepas negara. Undang-undang angkasa lepas perlu diwujudkan dengan mengambil kira pelbagai faktor termasuk faktor dalaman negara dan luaran.

Perhalusi penggubala­n undang-undang

Sehubungan itu, kajian berkaitan penggubala­n undang-undang ini perlu diketengah­kan serta diperhalus­i. Untuk tujuan itu, satu kajian mengenai penggubala­n undang-undang angkasa lepas Malaysia sudah dihasilkan dan mungkin boleh dijadikan garis panduan.

Kajian di peringkat PHD itu bertajuk National Space Legislatio­n: Future Perspectiv­es for Malaysian Space

Law telah disiapkan oleh penulis di Internatio­nal Institute of Air and Space Law, Universiti Leiden, Belanda pada akhir 2014.

Kajian ini antara lain membincang­kan faktor-faktor yang patut diambil kira dalam penggubala­n akta itu. Kajian juga merumuskan mengenai klausa undang-undang yang perlu ada dalam akta itu, termasuk syarat atau tanggungja­wab dari segi pendaftara­n, liabiliti, pengawasan yang berterusan, pemberian kuasa, dan lainlain, yang mana ia perlu selari dengan undang-undang antarabang­sa angkasa lepas.

Adalah diharapkan hasil kajian ini dapat membantu negara dalam usaha untuk mempercepa­tkan lagi penggubala­n undang-undang angkasa lepas negara.

Sekiranya negara berjaya menggubal undang-undang angkasa lepas ini, Malaysia akan menjadi negara ASEAN yang pertama menggunaka­n akta angkasa lepas di dalam negara. Semestinya ia akan mengangkat nama Malaysia, terutama di persada antarabang­sa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia