Berita Harian

10,000 tiket percuma

Taman tema menunggu anda

- Oleh Nurul Fhatihah Zakinan

Impian bertemu adiwira dan karakter kartun kesayangan akan menjadi realiti dengan mengunjung­i The Shore Toy Museum di negeri ini, yang menyediaka­n kirakira 10,000 patung dan replika mainan di taman tema itu.

The Shore Toy Museum yang mempamerka­n pelbagai koleksi karakter kartun fantasi yang diimport khas dari seluruh dunia termasuk Jepun, Thailand dan Filipina, menjadi tarikan baharu di Melaka sejak dibuka tiga bulan lalu.

Pembaca BH dan pelanggan portal pendidikan dan aplikasi mobil, FullAmark kini berpeluang ‘menemui’ adiwira dan karakter kartun itu secara percuma dengan menebus tiket menggunaka­n kepala akhbar

BH. Pelanggan pakej Fullamark juga berpeluang mendapat tiket percuma.

Kos pameran cecah RM3 juta

Pengarah Urusan The Shore Entertainm­ent City, Chew Chert Fong, berkata karakter kartun dan replika pelbagai saiz yang dipamerkan dikumpul sejak tahun 1980-an dengan kos mencecah RM3 juta.

Antara yang menjadi tumpuan ialah kereta perang adiwira bersaiz asal, karakter Hulk, Star Wars, Thor dan Iron Man.

“Turut dipamerkan replika robot tertinggi, Supreme Prime yang tersenarai dalam Malaysia Book of Records yang diperbuat daripada logam kitar semula setinggi lima meter dan seberat 2,750 kilogram,” katanya ketika meninjau pelanggan BH menebus tiket percuma di The Shore Shopping Gallery di sini, semalam.

Yang turut hadir, Ketua Jualan Bahagian Pengedaran Akhbar (M) Berhad (NSTP), Alfian Alias.

Chert Fong yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Toy Museum, berkata pihaknya turut menawarkan tarikan lain di 3D Interactiv­e Park yang dilengkapi 13 elemen 3D seperti teater hologram, lukisan 3D, rumah hantu, cermin ajaib dan rumah terbalik.

Untuk mendapatka­n maklumat lanjut mengenai tiket percuma ke taman tema ini, boleh hubungi talian 03-22832331 atau layari laman sesawang BH, di www.bharian.com.my atau www.fullamark.com.my.

 ?? [FOTO RASUL AZLI SAMAD/BH] ?? Alfian (tiga dari kiri) dan wakil pemasaran jualan akhbar dan pengagihan NSTP, Azadi Mohd Diah (tengah) bersama pelanggan BH yang menerima tiket percuma The Shore 3D Interactiv­e Park & Toy Museum di The Shore Melaka, semalam.
[FOTO RASUL AZLI SAMAD/BH] Alfian (tiga dari kiri) dan wakil pemasaran jualan akhbar dan pengagihan NSTP, Azadi Mohd Diah (tengah) bersama pelanggan BH yang menerima tiket percuma The Shore 3D Interactiv­e Park & Toy Museum di The Shore Melaka, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia