Berita Harian

Pakar kimia suspek ketiga kena tahan

Polis kumpul maklumat tiga lagi rakan belum dikesan

- Oleh Mohd Iskandar Ibrahim dan Safeek Affendy Razali

Suspek ketiga warga Korea Utara yang ditahan di sini, malam kelmarin, berkaitan pembunuhan Kim Jong-nam di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur 2 (klia2) dipercayai memiliki kepakaran dalam bidang kimia.

Mengikut rekod pengajiann­ya, Ri Jong-chol, 47, yang berasal dari Pyongyang adalah lulusan pengajian dalam bidang sains perubatan di sebuah universiti di Korea Utara, pada tahun 2000.

Pada 2010, Jong-chol terbabit dalam kajian dengan Persatuan Sains India (IACS), yang berpangkal­an di Institut Penyelidik­an di Kolkata, India, sehingga penghujung tahun 2011.

Sumber berkata, selepas itu Jongchol kembali ke Pyongyang dan beberapa tahun kemudian dia menerima tawaran daripada sebuah syarikat swasta yang berkaitan teknologi maklumat (IT) di Malaysia.

Siasatan masih berjalan

“Meskipun dia mempunyai kepakaran dalam bidang sains dan kimia, untuk mengaitkan­nya dengan elemen cecair beracun yang dipercayai digunakan dalam pembunuhan Jong-nam masih disiasat.

“Polis juga sedang berusaha mengumpul maklumat daripada Jongchol mengenai tiga lagi rakan suspek yang masih belum dikesan,” katanya kepada BH, semalam.

Beliau berkata, tumpuan siasatan turut berkisar pembabitan Jongchol sebagai perancang utama pembunuhan Jong-nam yang dipercayai mengupah dua lagi wanita warga Vietnam dan Indonesia untuk menjayakan misinya.

Kedua-dua wanita, Doan Thi Huong, 29, dan Siti Aisyah, 25, ditahan di klia2 dan sebuah hotel di Ampang pada Rabu dan Khamis lalu.

Pagi semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahka­n penahanan Jong-chol, yang memiliki kad pengenalan Korea Utara (i-kad) dalam serbuan di Selangor, pada jam 9.50 malam kelmarin.

“Dia ditahan pada jam 9.50 malam oleh sepasukan polis hasil maklumat risikan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Difahamkan, Jong-chol ditahan di sebuah kondominiu­m di Jalan Kuchai Lama di sini. Ketika serbuan, isteri dan anaknya turut berada di rumah itu.

Sementara itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Seri Abdul Samah Mat, mengesahka­n Jong-chol direman selama tujuh hari bermula semalam. Perintah itu dikeluarka­n Mahkamah Majistret Sepang, petang semalam.

Polis tunggu hasil ujian toksikolog­i

Dalam perkembang­an berkaitan, polis masih menunggu hasil laporan dan pemeriksaa­n ke atas ujian toksikolog­i dan sampel tisu daripada Jabatan Kimia, yang dijangka akan dikeluarka­n dalam masa terdekat.

BH semalam melaporkan operasi polis kini menjurus kepada usaha mengesan empat lelaki perancang utama berusia dalam lingkungan 30 hingga 50-an yang turut berada di aras pelepasan klia2 ketika Thi Huong dan Siti Aisyah, 25, melakukan serangan terhadap Jong-nam.

Jong-nam meninggal dunia ketika dalam perjalanan dari klia2 ke Hospital Putrajaya, sekitar jam 9 pagi. Ketika diserang, mangsa menunggu untuk berlepas ke Macau menaiki penerbanga­n jam 10.30 pagi.

Namun untuk mengaitkan­nya dengan elemen cecair beracun yang dipercayai diguna dalam pembunuhan Jong-nam masih disiasat” Sumber

 ?? [FOTO AHMAD IRHAM MOHD NOOR/BH] ?? Suspek ketiga dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang untuk membantu siasatan.
[FOTO AHMAD IRHAM MOHD NOOR/BH] Suspek ketiga dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang untuk membantu siasatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia