Berita Harian

Sofia Vergara halang bekas tunang guna embrio

-

California: Sofia Vergara menfailkan perintah mahkamah bagi menghalang bekas tunangnya, Nick Loeb daripada menggunaka­n embrio beku milik mereka tanpa kebenaran bertulis daripadany­a.

Pada Selasa lalu, majalah People yang memperoleh dokumen mahkamah melaporkan, pelakon drama Modern Family itu memohon Mahkamah Tinggi di California supaya mengisytih­arkan pelepasan dan injuksi kekal, ganti rugi kekal terhadap Loeb.

Vergara juga mahu ahli perniagaan berusia 41 tahun dihalang daripada menggunaka­n mana-mana embrio yang dihasilkan di Pusat Reprodukti­f ART di Beverley Hills pada 2013, iaitu ketika mereka masih bersama.

Menurut dokumen mahkamah, usaha Loeb untuk memperoleh hak penjagaan terhadap embrio itu menemui kegagalan pada Disember lalu. Beliau kemudianny­a meneruskan usahanya di mahkamah di Louisiana.

Loeb fail saman

Pada masa sama, Loeb turut menfailkan saman terhadap Vergara supaya beliau diberikan hak penjagaan penuh terhadap embrio itu, supaya ia dapat diserahkan kepada ibu tumpang.

Loeb turut mendedahka­n bahawa beliau menamakan dua embrio itu sebagai Emma dan Isabell, selain mengumumka­n sudah mewujudkan wasiat untuk kedua-dua ‘bakal’ bayinya itu, walaupun mengikut perjanjian asal dengan Vergara tidak membenarka­nnya berbuat demikian.

Jadi, tindakan itu jelas menunjukka­n Loeb sudah melanggar perjanjian­nya dengan Vergara.

Sementara itu, mengikut dokumen baharu, dengan jelas menyatakan syarat konntrak menjelaska­n bahawa tiada pihak boleh menggunaka­n embrio yang dicipta daripada prosedur kaedah persenyawa­an in-vitro (IVF) tanpa ‘kebenaran bertulis yang jelas daripada pihak lain’.

Dokumen turut menyebut bahawa Vergara pernah menggugurk­an kandungan dua kali ketika masih bersama dengan Loeb.

Vergara dan Loeb memutuskan pertunanga­n mereka pada Mei 2014. Aktres itu mempunyai seorang anak lelaki bernama Monolo, hasil perkahwina­nnya dengan aktor Joe Manganiell­o pada November 2015.

Sementara itu, wakil Loeb tidak memberikan sebarang komen ketika dihubungi majalah PEOPLE.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia