Berita Harian

Old Lady mudah jinak Palermo

-

Rome: Paulo Dybala meledak dua gol bertemu bekas kelabnya ketika Juventus menewaskan Palermo 4-1 di laman sendiri, sekali gus menjarakka­n jurang kepada 10 mata di puncak Serie A.

Selain Dybala, rakannya, Claudio Marchisio dan penyerang Argentina, Gonzalo Higuain masing-masing turut menyumbat gol pada perlawanan berkenaan.

Pengendali Juventus, Massimilia­no Allegri meminta barisan pemainnya tampil dengan ‘menakjubka­n’ dalam usaha gergasi Itali itu menjulang gelaran rekod keenam Scudetto dan mereka membalasny­a dengan memberikan pasukan itu 63 mata selepas 25 perlawanan.

Marchisio yang sedang berusaha untuk meraih kembali prestasi terbaiknya selepas dilanda kecederaan membuka tirai jaringan pada minit ke-13 berpunca daripada gerakan Higuan sekali gus menewaskan penjaga gol Palermo, Josip Posavec.

Dybala kemudian menam- bah gol kedua tuan rumah lima minit sebelum babak pertama berakhir yang berpunca daripada sepakan percuma.

Begitupun, Dybala yang juga penyerang Argentina enggan untuk meraikan jaringan itu, namun dia tidak menampilka­n belas kasihan terhadap bekas kelabnya itu apabila meledak gol kedua peribadi seminit sebelum perlawanan berakhir.

Gol ketiga Juventus pula dijaringka­n Higuain pada minit ke-63. Tandukan pemain Palermo, Ivaylo Chochev pada masa kecederaan begitupun berjaya menewaskan Gianluigi Buffon namun kemenangan tetap memberikan Juventus pemanas badan sempurna menjelang aksi Liga Juara-juara bertemu Porto, Khamis ini.

Kemenangan itu adalah yang keenam berturut-turut buat Juventus dalam kempen Serie A dengan mereka kini memiliki kelebihan besar 10 mata di depan pasukan tangga kedua, Roma yang dijadual menentang Torino, malam ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia