Berita Harian

Mohon maaf kepada bakal mentua

Sharnaaz luah perasaan gara-gara hilang sabar dengan provokasi peminat fanatik Fattah

- Oleh Farihad Shalla Mahmud dan Mohd Aizat Shamsuddin

Penjelasan Sharnaaz Ahmad berhubung tulisannya di laman Twitter yang didakwa menyindir pelakon Fattah Amin cukup mudah. Ibarat menjolok sarang tebuan, Sharnaaz terpaksa meluahkan rasa kerana bengang apabila tidak semena-mena dikaitkan dalam isu membabitka­n aktor itu dan bakal adik iparnya, pengacara serta pelakon terkenal, Neelofa.

Menurut Sharnaaz, selama ini dirinya tidak pernah ambil peduli apa saja isu berkaitan pasangan itu. Sama ada mereka bercinta atau sebaliknya, semua itu bukan urusannya. Namun, provokasi netizen yang mula mengheretn­ya dan orang sekeliling dalam isu #lofattah, membuatkan dirinya hilang sabar.

“Selama ini, saya tidak ambil peduli status hubungan mereka dan tidak pernah masuk campur langsung dalam urusan pasangan itu. Jadi, kenapa perlu netizen mengaitkan nama saya, bakal isteri, Noor Nabila dan kedua-dua orang tuanya dalam hal ini? Mereka memaki hamun kami di laman sosial.

Meluahkan rasa

“Tindakan biadap mereka itu membuatkan saya terpanggil meluahkan rasa. Lebih membuatkan saya marah, apabila kebanyakan yang bermulut celupar itu adalah peminat fanatik aktor terbabit. Saya tidak akan bertindak jika tiada yang memulakann­ya dulu,” kata pelakon drama bersiri Awak sangat

Nakal ini.

Ditanya mengenai kemungkina­n dirinya pernah berselisih faham dengan Fattah hingga bertindak seolah-olah menyimpan dendam, Sharnaaz menafikan perkara itu.

“Memang kami pernah berjumpa sebelum ini, tetapi saya dapat berasakan ada aura negatif dalam dirinya yang membuat saya kurang selesa dengannya,” ulas Sharnaaz ringkas.

Tindakan biadap mereka itu membuatkan saya terpanggil meluahkan rasa. Lebih membuatkan saya marah, apabila kebanyakan yang bermulut celupar itu adalah peminat fanatik aktor terbabit. Saya tidak akan bertindak jika tiada yang memulakann­ya dulu” Sharnaaz Ahmad, Pelakon

Walaupun terkenal dengan sikap panas baran, namun api kemarahan pelakon yang berasal dari Pulau Pinang ini memang cepat reda. Tidak mahu perkara ini diperbesar­kan dan menyedari tindakanny­a itu melukakan hati banyak pihak, Sharnaaz mengambil tindakan positif untuk meredakan keadaan.

“Sama ada saya menyesal berbuat demikian atau sebaliknya, itu saya tidak mahu komen. Biarlah rahsia. Cuma demi menjaga hati orang sekeliling, saya sudah meminta maaf kepada keluarga bakal mentua. Perkara ini membabitka­n keluarga dan saya tidak mahu ia berlanjuta­n,” katanya.

Ketika ditanya apakah dirinya akan memohon maaf juga kepada Fattah atas apa yang berlaku, tiada jawapan yang diterima. Sharnaaz sebaliknya, hanya tertawa kecil di hujung talian.

Undang kontrovers­i

Seperti dijangka, luahan hati Sharnaaz itu mengundang kontrovers­i dan dikecam netizen apabila kenyataann­ya itu disifatkan sebagai biadap dan sengaja mencari pasal.

Walaupun tidak menyebut nama individu yang dimaksudka­n dalam tulisannya itu tetapi ramai yang dapat meneka, insan itu adalah bintang utama drama bersiri Suri Hati Mr Pilot.

Dalam kenyataan yang mencetus kontrovers­i itu, Sharnaaz mempersoal kredibilit­i Fattah yang kebetulan baru menghasilk­an buku bertajuk 99Kata-kata #qalifmoden. Penghasila­n itu menjadi tular kerana pengisiann­ya yang dianggap lucu dan

kurang matang, selain tidak berbaloi dengan harganya.

Pilih tema frozen

Bakal bergelar raja sehari pada bulan depan, Sharnaaz berkata persiapan sepenuhnya hanya akan dilakukan sebaik dirinya selesai menjalani penggambar­an drama bersiri komedi berjudul Mr Hijab.

“Sekarang ini saya sibuk dengan penggambar­an drama dan hanya selepas selesai, baru saya mempunyai banyak masa untuk membuat persiapan majlis sebelah saya di Pulau Pinang. Banyak perkara yang saya perlu uruskan dengan dibantu perancang perkahwina­n daripada Putree Bridal.

“Untuk majlis di sana nanti, konsep pilihan ialah frozen yang mempunyai unsur ais dan juga cermin. Saya akan mengundang media dan rakan artis kerana sebelah pihak perempuan, lebih kepada keluarga dan teman rapat bakal isteri,” kata pelakon berbadan sasa ini.

Terdahulu, dalam satu sidang media khas, Sharnaaz dan Nabila mengumumka­n yang mereka akan bernikah pada 31 Mac depan.

Majlis resepsi pihak perempuan akan berlangsun­g pada 2 April di Kuala Lumpur, manakala majlis resepsi Sharnaaz pula bakal berlangsun­g pada 16 April di Pulau Pinang.

Pada majlis pernikahan mereka nanti, Sharnaaz bakal menyerahka­n lima dulang hantaran kepada Nabila, dibalas tujuh oleh pihak pengantin perempuan. Jumlah wang hantaran bagaimanap­un dirahsiaka­n.

 ??  ??
 ?? [ FOTO SAIFULIZAN TAMADI/ BH ] ?? Sharnaaz dan Noor Nabila bakal disatukan pada 31 Mac depan.
[ FOTO SAIFULIZAN TAMADI/ BH ] Sharnaaz dan Noor Nabila bakal disatukan pada 31 Mac depan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia