Berita Harian

Tak ambil iktibar

Nahas meragut 8 nyawa awal pagi kelmarin bagaikan tidak memberi pengajaran. Tinjauan BH di beberapa lokasi termasuk Shah Alam dan Ipoh mendapati beberapa kumpulan remaja masih meneruskan aktiviti melakukan pelbagai aksi berbahaya menggunaka­n basikal diuba

-

Johor Bahru: Polis Johor berharap, tragedi mengorbank­an lapan remaja berbasikal di bandar raya ini, awal pagi kelmarin, menjadi pengajaran kepada kumpulan lain yang masih membabitka­n diri dengan aktiviti berbahaya itu.

Ketua Polis Johor, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd, berkata sebelum ini, kumpulan remaja berbasikal yang sering berkumpul di sekitar bandar raya ini, sudah berulang kali diberi amaran dan nasihat oleh polis.

“Bukan tidak pernah diberikan amaran, tetapi ada yang tidak mengendahk­annya. Sudah banyak kali diberi amaran dan nasihat, malah mereka juga akan melarikan diri apabila menyedari polis menghampir­i lokasi (tempat berkumpul).

“Selama ini, polis banyak menggunaka­n pendekatan lembut, pencegahan dan nasihat serta kempen kerana menyedari mereka terdiri daripada remaja dan di bawah umur,” katanya ketika dihubungi BH di sini, semalam.

Lokasi jadi tumpuan remaja

Wan Ahmad Najmuddin berkata, lokasi nahas di Jalan Lingkaran Dalam awal pagi kelmarin, dikenal pasti sering menjadi tumpuan remaja berbasikal berusia antara 10 hingga 19 tahun berkumpul, kerana faktor laluan berbukit, tiga lorong dan ada jalan susur.

Katanya, sepanjang tahun lalu, 28 operasi dijalankan terhadap kumpulan berbasikal terbabit dengan 37 kenderaan itu disita, malah sejak awal tahun ini, lima operasi sudah dijalankan dengan 17 basikal dikenakan tindakan sama.

Sementara itu, tinjauan BH di sekitar bandar raya termasuk Jalan Lingkaran Dalam, Taman Bukit Mutiara dan Dataran Bandaraya Johor Bahru malam kelmarin, mendapati beberapa kumpulan remaja yang biasa berbasikal di kawasan berkenaan tidak melakukan aktiviti biasa mereka.

Sementara itu, dalam sidang media berasingan, Wan Ahmad Najmuddin berkata, pemandu wanita yang terbabit dalam nahas menyebabka­n lapan remaja maut, manakala lapan lagi cedera awal pagi kelmarin, sudah dibebaskan dengan jaminan polis, selepas keterangan­nya selesai diambil semalam.

Tak guna telefon bimbit

“Siasatan awal polis mendapati wanita itu tidak menggunaka­n telefon bimbit ketika memandu. Dia masih dalam keadaan trauma,” katanya.

Sementara itu, dua daripada lapan mangsa yang cedera dalam nahas itu, masih dalam Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah (HSA).

Pengerusi Jawatankua­sa Alam Sekitar dan Kesihatan negeri, Datuk Ayub Rahmat, berkata enam yang lain dilaporkan stabil dan sedang menunggu prosedur pembedahan.

Ibu Muhammad Shahrul Nizam Maruddin, 14, yang maut dalam nahas itu, Mayang Morni M Noor, 34, berharap tragedi itu dijadikan pengajaran oleh ibu bapa termasuk remaja, supaya tidak berulang.

Bukan tidak pernah diberikan amaran, tetapi ada yang tidak mengendahk­annya” Wan Ahmad Najmuddin Mohd, Ketua Polis Johor

 ?? [ FOTO L MANIMARAN/BH ] ?? Sekumpulan remaja membahayak­an diri berbasikal dalam kesibukan jalan raya di Ipoh, malam kelmarin.
[ FOTO L MANIMARAN/BH ] Sekumpulan remaja membahayak­an diri berbasikal dalam kesibukan jalan raya di Ipoh, malam kelmarin.
 ??  ?? yang dirakamkan pengguna jalan raya di Seksyen 17, Shah Alam,
yang dirakamkan pengguna jalan raya di Seksyen 17, Shah Alam,
 ??  ?? Aksi ala-superman dilakukan beberapa remaja sekitar jam 4 petang semalam.
Aksi ala-superman dilakukan beberapa remaja sekitar jam 4 petang semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia