Berita Harian

TERAJU lancar siri makmal khas cari pendekatan baharu kembangkan usahawan, syarikat Bumiputera

Siri dilancar bulan depan cari pendekatan baharu

- Oleh Nasuha Badrul Huzaini nasuha@bh.com.my

Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) akan melancarka­n siri makmal khas pada bulan depan bagi mencari pendekatan baharu untuk memperkasa­kan lagi agenda Bumiputera.

Ketua Eksekutifn­ya, Datuk Husni Salleh (gambar), berkata makmal berkenaan akan membabitka­n semua kementeria­n dan pihak berkepenti­ngan lain seperti ahli perniagaan, wakil badan bukan kerajaan dan sebagainya.

Katanya, menerusi makmal itu, TERAJU akan memperhalu­si semula petunjuk prestasi utama (KPI) Bumiputera yang dibuat di seluruh agensi kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan supaya ia lebih bermakna.

Nilai semula program

“Pada masa kini, KPI yang ada tidak boleh diterjemah dalam bentuk data atau kuantiti apabila dilihat secara menyeluruh. Jadi, menerusi makmal yang akan dilancarka­n itu, pihak TERAJU boleh menilai semula program yang lebih memberi impak besar,” katanya.

Beliau menyatakan demikian pada pertemuan dengan wartawan Kumpulan The New Straits Times Press (Malaysia) Bhd (NSTP) ketika melakukan lawatan ke Balai Berita Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Husni menambah, TERAJU yang kini memasuki tahun keenam penubuhann­ya sedang melakukan semakan semula keberkesan­an program yang dilaksanak­annya.

Bagi program perdana seperti TERAS, beliau berkata, pihaknya sudah mendapatka­n khidmat perunding untuk mendapatka­n pandangan bebas mengenainy­a.

“Berdasarka­n maklum balas diterima, 76 peratus daripada syarikat di bawah program TERAS sudah menunjukka­n perkembang­an baik dengan berkembang melebihi purata Kadar Keluaran Dalam Negara (KDNK).

“Ini bermakna syarikat yang dipilih adalah syarikat yang baik. Untuk tahun ini, kami merancang untuk menjadikan program perdana kami berkembang dalam skala yang lebih besar.

“Jika sebelum ini, mungkin kami hanya mengumpul 1,000 syarikat, tetapi untuk tahun ini kami mahu meluaskann­ya lagi kepada lebih banyak syarikat yang layak,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia