Berita Harian

POLIS BURU 7 LELAKI RANCANG KES BUNUH ABANG PEMIMPIN KOREA UTARA

Empat daripadany­a disahkan sudah meninggalk­an negara ini

- Oleh Mohd Iskandar Ibrahim dan Siti Azila Alias

Polis memburu tujuh lagi lelaki dipercayai bertindak perancang utama dalam kes pembunuhan Kim Jong-nam.

Bagaimanap­un, empat daripadany­a disahkan sudah meninggalk­an negara ini pada 13 Februari lalu iaitu pada hari pembunuhan abang pemimpin tertinggi Korea Utara terbabit.

Empat lelaki terbabit yang juga rakyat Korea Utara dikenali Ri Jihyon, 33; Hong Song-hye, 34; O Jong-gil, 55, dan Ri Jae-nam, 57, berdasarka­n rekod dokumen perjalanan mereka.

Tiga lagi lelaki bagaimanap­un gagal dikesan dengan seorang daripadany­a juga warga republik itu ialah Ri Ji-u, 30, atau lebih dikenali sebagai James, manakala dua lagi suspek masih belum diketahui identiti mereka.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim, berkata polis bagaimanap­un berjaya memperoleh gambar hasil rakaman kamera litar tertutup (CCTV) tiga suspek yang gagal dikesan terbabit.

“Setakat ini, kami hanya boleh mengesahka­n semua lelaki ini adalah dari Korea Utara. Sama ada mereka bekerja dengan kerajaan Korea Utara atau tidak, itu masih dalam siasatan,” katanya di Bukit Aman di sini, semalam.

Kerjasama INTERPOL

Noor rashid berkata, pihaknya akan mendapatka­n kerjasama Polis Antarabang­sa (INTERPOL) untuk mengesan semua suspek yang masih bebas itu.

Dalam sidang media sama, Noor Rashid turut memaparkan persembaha­n slaid berhubung rekod kemasukan empat suspek yang sudah meninggalk­an negara ini.

Ji-hyon tiba di negara ini pada 4 Februari lalu, Song-hye (31 Januari lalu), Jong-gil (7 Februari lalu) dan Jae-nam pada 1 Februari lalu dengan semua mereka meninggalk­an Malaysia pada hari kejadian.

Jong-nam dibunuh selepas diserang dua wanita iaitu warga Vietnam, Doan Thi Huong, 29, dan rakyat Indonesia, Siti Aisyah, 25, ketika menunggu penerbanga­n ke Macau di aras pelepasan Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur 2 (klia2) pada 13 Februari lalu.

Susulan daripada itu, polis menahan Thi Huong dan Siti Aisyah masing-masing pada 15 dan 16 Februari lalu. Polis turut menahan seorang lelaki tempatan, Muhammad Farid Jalaluddin, 26, yang juga teman lelaki Siti Aisyah dan seorang rakyat Korea Utara, Ri Jongchol pada Jumaat lalu.

Jong-nam disahkan meninggal dunia jam 11 pagi sejurus tiba di Hospital Putrajaya dari klia2.

Setakat ini, kami hanya boleh mengesahka­n semua lelaki ini adalah dari Korea Utara. Sama ada mereka bekerja dengan kerajaan Korea Utara atau tidak, itu masih dalam siasatan” Noor Rashid Ibrahim, Timbalan Ketua Polis Negara

 ?? [FOTO SYARAFIQ ABD SAMAD/BH] ?? Noor Rashid pada sidang media mengenai perkembang­an terkini kes pembunuhan abang pemimpin Korea Utara, Kim Jong-nam di Bukit Aman, semalam. Yang turut hadir, Ketua Polis Selangor, Datuk Seri Abdul Samah Mat (kanan).
[FOTO SYARAFIQ ABD SAMAD/BH] Noor Rashid pada sidang media mengenai perkembang­an terkini kes pembunuhan abang pemimpin Korea Utara, Kim Jong-nam di Bukit Aman, semalam. Yang turut hadir, Ketua Polis Selangor, Datuk Seri Abdul Samah Mat (kanan).
 ??  ?? Ri Jae-nam
Ri Jae-nam
 ??  ?? Hong Song-hye
Hong Song-hye
 ??  ?? Ri Ji-hyon
Ri Ji-hyon
 ??  ?? Ri Ji-u
Ri Ji-u
 ??  ?? O Jong-gil
O Jong-gil
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia