Berita Harian

Didaftar calon objek warisan negara

Penemuan di Sungai Jentar, Mentakab mampu tarik pengkaji luar

- Oleh Amin Ridzuan Ishak

Selepas enam tahun ditemui, fosil cangkerang kepah spesies daonella pahangensi­s terbesar di dunia dijumpai di Sungai Jentar, Mentakab, Temerloh, didaftarka­n sebagai calon objek warisan negara.

Fosil berkenaan ditemui Ahli Geologi di Institut Geologis Malaysia (IGM), Ahmad Rosli Othman P Geol yang membuat kajian lanjut dengan kerjasama Pensyarah Fakulti Sains dan Teknologi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Mohd Shafee Leman.

Ahmad Rosli berkata, beliau sudah mengemukak­an kertas cadangan pada 24 Januari lalu supaya fosil cangkerang kepah spesies daonella pahangensi­s yang hidup pada sekitar 228 juta sehingga 229 juta tahun itu dimasukkan sebagai calon objek warisan negara.

Hanya ditemui di Malaysia

Katanya, ia kerana fosil berkenaan adalah satu warisan negara dan hanya ditemui di Malaysia yang mampu menarik pengkaji prasejarah dari seluruh dunia berkunjung ke negara ini bagi membuat kajian lanjut.

“Fosil cangkerang kepah spesies daonella pahangensi­s itu bersifat endimek iaitu yang bermaksud hanya boleh ditemui di Malaysia dan saiz paling besar adalah di Sungai Jentar yang saya temui pada Mei 2011.

“Saiz paling besar ditemui adalah sebesar wang syiling 50 sen versi lama, fosil saya temui pula bersaiz tinggi 5.6 sentimeter (cm) manakala panjangnya pula 6.3cm,” katanya kepada BH di sini, semalam.

Pada 2015, Ahmad Rosli yang juga Pegawai Geosains Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Kelantan berjaya menemui fosil tumbuhan dari zaman jura berusia antara 200 juta hingga 146 juta tahun iaitu kali pertama dalam sejarah negara.

Spesies fosil tumbuhan ditemui di kawasan cerun potongan bukit di simpang Kota Gelanggi itu adalah Neocalamit­ed sp., Nilssonia sp., Cladophleb­is sp., Alethopter­is sp.,

Otozamites­sp. dan Equisetum sp.

Ahmad Rosli yang banyak membuat kajian mengenai fosil dari zaman tris berusia 245 hingga 199 juta tahun, berkata penemuan fosil berkenaan menunjukka­n kawasan Sungai Jentar dan sekitarnya adalah lautan dalam yang airnya tenang.

“Hidupan laut pada waktu itu mati dan tidak terjejas teruk, bentuk fosilnya dapat dilihat dengan jelas,” katanya yang berharap ilmu dan pengetahua­n berkaitan fosil dapat dikembangk­an supaya lebih ramai masyarakat menyedari Malaysia kaya dengan khazanah alam semula jadi.

 ?? [FOTO IHSAN AHMAD ROSLI OTHMAN] ?? Spesies daonella pahangensi­s dipercayai terbesar di dunia.
[FOTO IHSAN AHMAD ROSLI OTHMAN] Spesies daonella pahangensi­s dipercayai terbesar di dunia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia